Header Ads

Loading...

Saharul Ridzwan Jadi Penyanyi Rap Pula

Saharul Ridzwan Jadi Penyanyi Rap Pula

PELAKON Saharul Ridzwan, 28, turut mengikut jejak beberapa pelakon lain untuk menjadi penyanyi.
Muzik rap menjadi pilihan Saharul yang mula dikenali menerusi drama Hati Perempuan dan single pertamanya itu akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Perkara itu dikongsi Saharul melalui foto ketika sesi rakaman bersama komposer terkenal, Ajai di studio Wake The Baby melalui laman sosial Instagramnya, dua hari lalu.
Saharul ketika dihubungi berkata, ia bermula kira-kira empat bulan lalu apabila secara berseloroh menyuarakan hasratnya mahu jadi penyanyi kepada isteri Ajai.
Katanya, tidak lama kemudian dia diminta oleh Ajai untuk datang ke studionya bagi berbincang dengan lebih lanjut.
"Memang saya masih terkejut dengan peluang diberikan.
"Saya juga sedar vokal saya tidak sesuai sebagai penyanyi tetapi berani menawarkan diri untuk melakukan rap mengiringi nyanyian Ajai," katanya.
Lirik untuk single yang belum diputuskan judulnya itu turut ditulis oleh Saharul.
Katanya, dia sering menulis catatan peribadi dan kata-kata puitis yang dikongsikan di laman sosialnya menggunakan #DiskusiHatiSR.
Pun begitu, Saharul menolak dakwaan mahu menjadikan kerjaya sebagai penyanyi rap sesuatu yang serius kerana masih sayangkan dunia lakonan.

No comments:

Powered by Blogger.