Header Ads

Loading...

HEBAT!! GADIS CIPTA PELBAGAI RUPA


Artis berbakat, Krysti Ellen membuktikan dunia fantasi mampu menjadi kenyataan hanya dengan solekan dan lukisan yang memukau.
Untuk melengkapkan wajahnya yang disolek, Krysti menggunakan tangannya sehingga mampu mencipta pelbagai rupa tidak kiralah cantik atau menakutkan termasuk ular, badut malah juga adegan dari filem fantasi Disney.
Krysti yang berasal dari Denver mempunyai lebih 54,000 pengikut di Instagram kerana tekniknya yang unik.
Pada Ogos lalu, dia memuat naik wajahnya yang dilukiskan sebagai Ular Albino untuk mengingatkan peminatnya supaya sentiasa yakin dengan keupayaan diri sendiri.



Dia turut berkongsi kaedah rumit untuk mendapatkan wajah itu termasuk penggunaan cat muka putih dan hitam, palet pastel dan kanta lekap mata kucing berwarna putih.
Video berkenaan ditonton 226,000 dan mendapat pujian ramai yang kagum cara dia mengubah wajahnya dengan begitu mudah.
Krysti turut menunjukkan wajahnya diubah menjadi sarang lebah yang dilengkapkan dengan titisan madu serta lebah kecil pada matanya.
Selain itu dia turut melukis rupa badut yang ditabur dengan serbuk berkilat dan cat berwarna terang.
Tidak ketinggalan juga, dirinya dihiasi gula-gula dan kek cawan pada seluruh wajah, selain rekaan nautika dilengkapi sauh serta ketam.


Bukan itu saja, dia juga mengubah dirinya menjadi beberapa haiwan seperti kuda belang, singa dan serigala. Dalam satu gambar menarik lain menyaksikan dia mengubah wajahnya menjadi adegan ikonik filem animasi The Little Mermaid lengkap dengan langit berbintang, air dan Ariel duduk di atas batu sambil memandang ke arah bulan.
Satu lagi pilihannya adalah ular sawa putih yang dihiasi ‘sisik’ berwarna hitam dan biru selain ditambah kanta lekap kuning yang mengerikan.


No comments:

Powered by Blogger.