Tauke Judi Lebih 'Beriman' Berbanding Dato' Aliff Syukri Dan Dato' Vida
Siapa tak kenal dengan Dato' Vida dan Dato' Aliff Syukri, jutawan kosmetik yang kini bergelar selebriti. Selain aktif berniaga, mereka berdua juga sangat aktif di laman sosial dan berkongsi kisah kehidupan mereka.
Namun, disebalik segala perkongsian yang mereka lakukan, bukan semua orang dapat menerima. Sampai satu tahap, perkongsian mereka itu seakan-akan dilihat menunjuk-nunjuk dan riak.
Ikuti tulisan yang mungkin memberi kesan kepada semua orang mengenai perangai 'menunjuk-nunjuk' kedua jutawa ini yang kami kongsikan menerusi Facebook Parpukari.
TUNJUK KEKAYAAN : ORANG ISLAM PATUT MALU KEPADA TAUKE JUDI.
Di Malaysia kita bukan saja ada Dato' Vida dan Dato' Aliff Syukri yang menjadi orang kaya. Kita ada ratusan lagi orang kaya lain. Ada cina, melayu, india, dayak, kadazan dan bangsa-bangsa lain lagi.
Kekayaan yang dimiliki Robert Kuok, Ananda Krishnan, Syed Mokhtar, Tan Sri Musthapa Kamal, Lim Kok Thay dan ramai lagi, jangan kata hendak beli kenderaan mewah, barang kemas atau buat rumah bagai istana, mereka nak beli kapal terbang untuk buat istana pun mereka mampu.
Dato' Aliff Syukri |
Mereka nak pakai baju dari atas sampai ke bawah yang diperbuat dari emas pun mereka mampu. Jika mereka lakukannya sekalipun, mereka diam-diam setakat mereka. Bukannya perlu ditunjukkan kepada umum. Kekayaan yang dimiliki Dato' Vida dan Dato' Aliff Syukri jika nak dibandingkan dengan mereka-mereka di atas rasanya tidak sampai 10 % pun.
Lim Kok Thay, pemilik pusat percutian dan perjudian Genting Higlands. Sungguh pun beliau bukan beragama islam, tetapi nampaknya beliau lebih 'beriman' dari Dato' Vida dan Dato' Alif. Kerana beliau tidak pernah untuk mempamerkan sifat riak dan takabur dgn menunjuk-nunjuk kekayaan kepada umum.
Dato' Vida dan Dato' Aliff Syukri patut malu dan belajar dari tauke judi. Biarpun berniaga judi tetapi dia lebih 'islam' dari kamu berdua.
Dato' Vida |
Ingatlah Allah dan takutkanlah Allah. Hentikanlah sifat menunjuk-nunjuk, riak dan takabur. Janganlah beri alasan bodoh kononnya menunjuk nunjuk kekayaan kerana hendak jadikan perangsang kepada orang lain. Jika benar mahu memberi perangsang buat bengkel-bengkel atau kursus-kursus perniagaan untuk orang ramai.
PK: Ini aku dapat dari whatsapp kawan aku dan aku amat setuju dengan tulisan ini. Dato' Aliff Syukri dan Dato' Vida terlampau bongkak. Malu betul la.
No comments: