Header Ads

Loading...

Satanic Music Industry Di Dunia.


Ini adalah salah satu teori konspirasi yang aku dah lama perhati, sejak tahun 2013 lagi. Dah dekat 4 tahun memikir, mengkaji benda ni. Thread ini akan menceritakan berdasarkan pengkajian aku, tapi aku buat ni for fun je, bukan serius-serius pun.


Terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa music industri Hollywood zaman ini dikawal oleh pertubuhan rahsia Illuminati.

Apa benda Illuminati ni?
Illuminati ini diasaskan oleh Adam Weishaupt pada 1 May 1776.



Pada masa itu, Bavarian Illuminati bertujuan untuk memerangi kepercayaan yang tak masuk akal, contohnya macam agama. Bavarian Illuminati juga ingin memerangi obscurantisme, iaitu menyorokkan fakta-fakta tertentu dari diketahui umum.

Illuminati pada masa itu nak lawan penyalahgunaan kuasa, dan peranan agama dalam kehidupan seharian masyarakat. Ada juga ura-ura mengatakan bahawa Illuminati bertanggungjawab dalam Revolusi Perancis, tapi itu cerita lain.

Habistu apa dah jadi dengan Illuminati setelah 241 tahun ni?

Tahu tak pasal Kanye West terkena 'spiritual attack' masa buat konsert haritu?


Kalau kau orang dengar apa Kanye cakap, memang akan pelik. Kenapa tengah-tengah menyanyi tetiba je membebel?

Nak cerita pasal Satanism pulak.
Satanism ni apa benda ni?


Percaya atau tidak, di negara Barat, kebebasan beragama adalah sangat luas (not for Muslims though) dan liberal .Tahukan anda, Satanism di U.S dikategorikan sebagai agama? Ya, agama gais.

Apa kaitan Satanism dengan Illuminati?
Well, mereka ada tujuan yang sama. Untuk menghapuskan agama dari muka bumi ni.


Tahukah anda, Illuminati juga mempunyai website officialnya sendiri?

Kebanyakan artis Hollywood terlibat dengan ritual-ritual merepek, penyembahan syaitan dan segala benda la Berkemungkinan besar artis kegemaran anda adalah salah satu boneka syaitan. Contoh-contoh artis yang famous dan memang sah ahli semua ni? Kanye West, Beyoncé, Lady Gaga, Nick Jonas, Nicki Minaj, Jay Z, Rihanna, etc




Tapi kalau Illuminati ialah sebuah secret society, kenapa sangat open macam membuat simbol masa konsert, music video pastu obvious pulak?

Simbol dan tanda yang ahli Illuminati dalam music video, konsert semua tu buat ada banyak sebab. Salah satunya adalah untuk musuh Illuminati, tu sebagai tanda penghinaan untuk mereka dan sebagai ejekan di khalayak ramai. Sebab lain ramai artis buat simbol Illuminati ada sebagai tanda kesetiaan kepada pertubuhan ini, kerelaan menyerahkan jiwa dan perasaan.

Simbol ni juga digunakan untuk memberi informasi pasal event akan datang kepada pengikut-pengikut mereka di serata dunia.

Macam mana pun, benda ni ialah luar kawalan kita.
Musuh yang paling bahaya ialah musuh yang kita tak nampak. Macam benda ni. Fikir sendiri dan sentiasa berhati-hati dan bersederhana dalam menyukai sesuatu.



No comments:

Powered by Blogger.