Header Ads

Loading...

Tiga Beradik Ditinggal Ibu Ayah

Tiga Beradik Ditinggal Ibu Ayah

TIGA beradik berusia antara setahun hingga enam tahun diselamatkan berikutan dikatakan diabaikan ibu bapa mereka di Larkin, Johor Bahru.
Pegawai Pejabat Kebajikan Daerah Johor Bahru, Normawarni Mahat berkata, tindakan dilakukan atas aduan awam yang diterima pada 2 Ogos.
Beliau berkata, siasatan kemudian dijalankan di kediaman keluarga tiga beradik berkenaan iaitu satu bilik sewa, pada 3 Ogos.
Menurutnya, pihaknya mendapati dua kanak-kanak perempuan dan satu lelaki ditinggalkan tanpa pengawasan dewasa.
"Kami menerima aduan tiga kanak-kanak itu tidak mempunyai bekalan makanan yang secukupnya.
"Pelindung kanak-kanak JKM ke kediaman mereka bersama anggota Balai Polis Larkin.
"Pelindung melihat keadaan kanak-kanak yang dibiarkan tanpa pengawasan yang sewajarnya," katanya.
Normawarni berkata, berdasarkan pemerhatian, kanak-kanak itu didapati kekurangan makanan, pakaian dan penjagaan.
"Ibu bapa mereka juga tidak muncul sepanjang kira-kira sejam pelindung kanak-kanak dan anggota polis berada di kediaman kanak-kanak itu.
"Oleh itu, JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) menyelamatkan tiga beradik itu mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 dan akan menjalankan siasatan lanjut," katanya.
Nomawarni berkata, pihaknya berharap ibu bapa kanak-kanak berkenaan tampil ke Pejabat JKM Daerah Johor Bahru bagi membincangkan masa depan mereka.
"Tiga beradik berkenaan kini masih di bawah perlindungan JKM," katanya.

No comments:

Powered by Blogger.