Bila Que Haidar Dah Bersuara
PELAKON Que Haidar mengakui rasa terhina apabila ada sesetengah pihak yang mengambil mudah dalam menghasilkan sesebuah karya.
"Saya pernah mengupah acting coach sendiri kerana pihak produksi tidak menyediakan acting coach menggunakan wang payment yang dibayar pada saya dan saya juga pernah membuat persembahan monolog dirumah dan panggil rakan-rakan rapat menonton dan sekaligus bertukar pendapat tentang persembahan tersebut.
"Bagi saya, bila kita on set orang akan pandang kita sebagai pelakon profesional. Jika nak belajar atau bereksperiment dalam class, dalam set kita kena 'JADI'. Tuan director tak ada masa nak ajar kita. Thats how serious I am as an Actor.
"Please shows some respect, terutama pada kerja anda. Jangan jadi sampah dan pelacur dalam industri ini!," tulisnya.
Rata-rata netizen mengakui setuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Que Haidar dan mereka berharap agar pelakon-pelakon baru akan melakukan sesuatu untuk memperbaiki mutu lakonan pada masa akan datang.
@ejump_lucius: "Salute, memang terkesan dengan setiap scene yang dilakonkan oleh Que Haidar. Memang setiap apa yang kita buat perlukan pengorbanan. Keep it up."
@ZharifAdha: Setuju sangat. Semoga dengan teguran ini, pelakon-pelakon yang sedia ada akan dapat memberbaiki mutu lakonan mereka."
@RazakSudin: "Setuju sangat-sangat. Bila otai dah bersuara."
No comments: