Header Ads

Loading...

Cari Nahas!











Cari Nahas!

SEORANG pekerja institusi kewangan ditahan reman selama empat hari atas kesalahan merakam dalam kain wanita di sebuah pusat beli belah di Brickfields, Kuala Lumpur, semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, tindakan lelaki berusia 23 tahun kira - kira jam 8.10 malam itu disedari teman lelaki mangsa sebelum menyerahkannya kepada polis bantuan di pusat beli belah itu.
“Lelaki itu ditahan reman bermula hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana mengaibkan orang lain dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Video lelaki itu ditahan teman wanita mangsa tular di laman sosial hari ini di mana turut ditunjukkan beberapa video rakaman lain yang menunjukkan suspek merakam dalam kain wanita lain.

No comments:

Powered by Blogger.