Header Ads

Loading...

Cemas Tanah Runtuh Belakang Rumah

Cemas Tanah Runtuh Belakang Rumah

LIMA keluarga di Taman Harmoni, Baling berada dalam ketakutan selepas tanah di belakang kediaman mereka semakin runtuh dan terjejas teruk akibat hakisan.
Penduduk mendakwa rumah mereka hanya satu meter dari tebing dan berlaku runtuhan menyebabkan tanah lumpur masuk ke dalam rumah setiap kali hujan lebat.
Penduduk, Norazani Abidin, 35, berkata, sejak berlaku runtuhan Februari lalu mereka dalam ketakutan kerana bimbang berlaku kejadian buruk,
Menurutnya, setiap kali hujan lebat berlaku tanah runtuh dan bimbang pokok getah di atas tebing turut tumbang akibat hakisan.
"Berikutan kejadian itu kami terpaksa berpindah ke rumah sewa buat sementara waktu dan akan pulang waktu siang untuk melihat keadaan rumah.
"Pada waktu malam kami tidak berani tinggal di rumah kerana bimbang berlaku tanah runtuh ketika nyenyak tidur," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Harmoni, hari ini.
Menurutnya, sebelum ini, hanya empat rumah yang terjejas dengan runtuhan tebing tetapi hari ini sebuah rumah jiran turut mengalami bencana itu.
Norazani meminta Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) mempercepat kajian mengenai tanah kawasan kediaman mereka yang semakin teruk dan runtuh.

No comments:

Powered by Blogger.