Header Ads

Loading...

Kasih Sayang Ayah Hingga Hujung Nyawa

Kasih Sayang Ayah Hingga Hujung Nyawa

Lelaki warga Arab Saudi lemas selepas terjatuh dari jet ski dinaikinya di pantai berhampiran hotel tempat dia menginap di Tanjong Bungah, Georgetown, hari ini.
Dalam kejadian 7 malam, mayat Naseer Hudaybar Aloufi, 40, ditemui sepasukan anggota bomba sejam selepas itu di pesisir pantai terbabit.
Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa dan anak perempuannya berusia belasan tahun menaiki jet ski sebelum mereka terjatuh.
"Mangsa dikatakan terjun dari jet ski dan membuka jaket keselamatan dalam usaha untuk menyelamatkan anak perempuannya itu.
"Bagaimanapun, dia tidak bernasib baik apabila lemas manakala anaknya pula terselamat," katanya.
Menurutnya, mangsa menginap di hotel terbabit sejak empat hari lalu dan sepatutnya mendaftar keluar esok bersama ahli keluarga.
"Mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

No comments:

Powered by Blogger.