Melaka, Simpang Ampat
Salam and hai. Aku kiah. Aku salah seorang pelajar politeknik pantai timur. Aku ada geng ovenight. Geng overnght ni merangkumi geng jalan2, lepak, makan2. So dalam geng aku ada fatah, sudin, amin dan piya. Kami lain course dan lain sem. Kejadian yang bakal aku ceritakan ini adalah 3 tahun yang lepas.
Satu hari, piya buat keputusan untuk balik kampung di masjid tanah, melaka. Katanya nak settle borang ptptn. Yela korang pun mesti paham nak settle borang ptptn ni bukan senang dek non oi. Salah skit dia terus reject. Jadi hari2 selepas tu yang tinggal untuk geng lepak cuma aku seorang perempuan, fatah, amin dan sudin. Duduk punya duduk tak tahu nak pergi mana. Mati kutu jugak beb. Jadi aku suarakan hasrat kat 3 orang lagi tu nak pergi melaka. Alang2 tu boleh lepak tu sekaligus ambik si piya ni. Bila dah call si piya ni cakap nak g melaka ambik dia. Suka lah dia kan. Dia suruh derect pergi rumah dia.
Dalam pukul 10 malam tu, kami gerak. Pejalanan kami memang tak ada masalah. Kami bawak kereta pun taklah terlalu laju. Sebab tak kejar apa pun. Jalan pun santai2 sahaja. Kejadian pelik mula terjadi apabila kami sampai trafic lght simpang ampat. Seingat aku masa tu pukul 2-3 pagi, aku tak pasti signbroad tulis apa. Tapi apa yang aku perasan bila masuk je simpang tu kita akan jumpe surau dulu. Hah simpang tu lah. Serius aku rasa lain macam dah masa tu. Sunyi dia lain macam. Takde lampu.
Dalam hati aku. Aku dahlah sorang perempuan. Kang kalau jadi apa2 memang aku yang kena dulu. Tapi aku still cool, kawan aku si fatah yang duduk kat depan tu melalak nyanyi lagu entah apa2. Padahal aku tahu dia tgh cuba tenangkan jiwa dia yang tgh takut tu. Jalan mmg sunyi sangat2. Sepanjang lalu, kami tak serempak mana2 kereta pun. Sampai satu ketika tu…
Si budin tengah drive tu jerit. “weh apa tu?” aku terus pandang ke depan.
Walaweh. Dia betul duduk tengah jalan sambil melambai2 suruh kami behenti. Benda tuuu tinggi. Pakai baju putih macam baju hospital bawak plastik dekat tangan. Aku nampak mmg jelas. Ya allah apa benda ni tgh2 jalan ni. Yang cerdik sangat si budin ni hah dia nak benti.nak benti buat apa ? Nak tumpangkan? Ke nak tanya ‘ye bang kenapa?’ tak ke gilaaaa budin woi.
Aku terus jerit. Aku cakap jangan benti. Terus jalan jalan terus. Aku cakap mmg gagap habis. Lepas lintas benda alah tu. Si aminyang duduk sebelah aku ni terus pandang belakang. Dan benda tu hilang. Hilang terus. Semua diam. Diam seribu bahasa, yang melalak nyanyi lagu tadi terus diam. Aku risau jugak takut dia ikut kan. Mulut aku ni tak putus2 baca ayat kursi sampai lah ke simpang masjid tanah. Alhamdulilah takde nak kacau2 kami.
Takde nak buat kereta kami problem je tengah jalan tadi. Aku demam jugak 2-3 hari selepas tu. Tekejut kot. Esoknya tu, aku tanya jugak si budin kenapa dia pelahan kan kereta macam nak benti, budin kata ‘ kau gila ke aku nak benti? Kereta tu pelahan sendiri. Aku tekan minyak pun dia still pelahan’
Sampai sekarang kami tak tahu apa yang kami jumpe tu sebenarnya. Orang kah? Hantu kah?
No comments: