Penyanyi-Penyanyi Malaysia Yang Berjaya Menempah Nama Di Luar Negara
Selalunya bila disebut mengenai artis antarabangsa sahaja ramai orang akan menyebut tentang Yuna. Memang tidak dinafikan dengan itu, tetapi pernahkah korang terfikir bahawa ada artis selain Yuna yang telah menawan pasaran global?
Yuna dipilih untuk menyanyikan lagu prmosi Olimpik 2016 bersama-sama dengan Lenny Kravitz dan Corrine Bailey Rae membuatkan rakyat Malaysia bangga. Dia yang mempunyai suara yang merdu termasuklah Zee Avi dan Sheila Amzah mengambil alih arena muzik antarabangsa bagaikan ribut, ini membuktikan kepada dunia bahawa bakat anak Malaysia mampu bersaing di arena antarabangsa.
Jika korang fikir wanita ini adalah satu-satunya meletakkan Malaysia pada carta, korang silap. Menerusi obejus.com, kami kongsikan 6 penyanyi Malaysia yang lain yang sedang membina nama mereka di luar negara:
DASHA LOGAN
Bagi sesetengah rakyat Malaysia, Dasha Logan hanya dikenali sebagai anak perempuan kepada mendiang vokalis Alleycat, Loganathan Arumugam, tetapi di UK, Dasha Logan terkenal dengan sensasi muziknya sendiri. Dia adalah rakyat Malaysia pertama yang pernah memegang carta lagu soul no.1 British.
Lagu yang menjadi perhatian di British pada 2015 adalah lagu sulungnya “Cleverly” menampilkan penyanyi British Soul Paul Johnson.
HEYMUN
Dia mengingatkan kita kepada Yuna, Gadis Petaling Jaya yang berpangkalan di Sydney ini pernah memenangi kategori penyanyi dan penulis lagu rakyat pada tahun 2013 di US-based Unsigned Only Music Competition. Heymun dengan lagu yang dimenanginya “By Sea” telah dipilih daripada 9000 penyertaan oleh para juri yang terdiri daripada ikon-ikon popular seperti Iggy Pop, John Oats (Hall & Oats), Of Monsters And Men, 3 Doors Down dan ramai lagi. Kemenangan itu membawanya untuk membuat persembahan di CBGB Festival legenda New York, dan suaranya juga telah disiarkan di stesen radio Australia Malaysian Airlines dan radio Garuda Indonesia Airlines Inflight.
AIZDEAN
Terletak jauh di sudut Tokyo terdapat rakyat Malaysia pertama membina empayarnya dalam genre J-pop. Aizdean pertama kali ke Jepun pada tahun 2002 untuk belajar kejuruteraan di mana dia mula menyanyi dalam bahasa tempatan. Apabila dia menguasai bahasa itu, dia mula melakukan persembahan dan menarik perhatian syarikat rakaman Jepun.Sebagai pemegang sarjana Kejuruteraan Elektronik, mengagumi dunia muzik Jepun pada Mac 2010 apabila beliau membuat lagu pertama beliau. Sangat pelik melihat orang Malaysia bercakap dan menyanyi di Jepun seolah-olah ia bagaikan bahasa ibundanya.
URIAH SEE KHAI
Pada usia 21 Tahun, Uriah See Khai telah menjadi bintang yang semakin meningkat namanya dalam dunia muzik cina. Beliau memenangi Pertandingan Nyanyian Astro Star Quest Chinese pada tahun 2014 ketika usianya 19 tahun dan pergi ke TVB International Chinese New Talent Singing Championship di Hong Kong untuk mengalahkan juara daripada Hong Kong, China, Singapore, Canada, Australia, New Zealand dan United States. Anak kelahiran johor itu telah jatuh cinta dengan dunia muzik pada usia muda. Dia telah mengambil pelajaran vokal opera klasik ketika usianya 6 tahun, belajar biola pada 10 tahun, dan piano di usia 4 tahun. Baru-baru ini dia ambil pelajaran untuk bermain gitar juga. Semangatnya untuk terus belajar muzik tidak kesudahan.
ISAAC ENTRY
Isaac Entry bagaikan batu permata yang tersembunyi, seorang lelaki yang sangat berbakat dan tidak menonjol kehadapan sebab itu korang mungkin tertanya-tanya mengapa dia tidak begitu dikenali di Malaysia. Lahir di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Borneo, Petaling Jaya dan kemudiannya di Sydney. Dengan lagu yang mengusik jiwa, penyanyi dan penulis lagu ini banyak menerapkan unsur-unsur lagu berentak Jazz, Folks dan Roots. Korang tidak akan atau jarang-jarang mendengarnya di radio, tetapi Isaac Entry adalah sangat popular di kelab-kelab jazz seperti No Black Tie dan Alexis sebagai artis undangan. Dengan gitar di tangannya, pemuzik perjalanan telah bermain dalam kafe dan bar di seluruh Australia, Asia Tenggara, dan China.
SALAMMUSIK
Anda mungkin pernah dengar Salammusik di carta muzik tempatan, tetapi adakah anda tahu Salammusik mempunyai pengikut di Eropah? Muzik harmoni digabungkan dengan melodi budaya Melayu dan rentak moden, suarannya ini mempunyai gaya hip-hop, tambahan reggae muzik yang akan membuat anda ketagih. Anggota yang mempunyai 10 ahli ini telah memenangi pelbagai anugerah di Malaysia dan mula ke Eropah untuk bermain di festival muzik utama di Belanda, Belgium dan UK. Apa yang kita suka tentang Salammusik adalah bahawa mereka kekal setia kepada rentak muzik Malaysia. Malah apabila bermain untuk orang ramai di Eropah, mereka menyanyi kebanyakannya dalam bahasa Melayu, pada dasarnya untuk menggalakkan bahasa kebangsaan kita di luar negara sana. Salammusik adalah bukti bahawa lagu-lagu Melayu mempunyai tarikan luar negeri.
No comments: