Header Ads

Loading...

[UPDATE] Pelajar Tunjuk Perangai Gangster

[UPDATE] Pelajar Tunjuk Perangai Gangster

LIMA belas pelajar Kolej Vokasional Wakaf Tembesu di Kuala Nerus, Terengganu direman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes buli di sekolah berkenaan pagi semalam.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Roszita Md Saad bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dijalankan.
Semua suspek berusia 16 dan 17 tahun ditahan polis kira-kira 8 malam tadi selepas polis memanggil penjaga menyerahkan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.
Akhbar melaporkan dua pelajar vokasional di Kuala Nerus cedera selepas didakwa diserang kira-kira 20 pelajar lain dalam kejadian di sekolah berkenaan pada 1.30 pagi semalam.
Berikutan itu, seorang daripada pelajar semester satu Jurusan Teknologi Elektronik, Ahmad Zikrill Azim, 16, yang juga atlet boling Terengganu lebam pada badan dan dua kali pengsan manakala rakannya, Wan Ahmad Faris Zakaria, 16, cedera di kaki dan calar di badan.
Ahmad ZikrilI terpaksa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) apabila pengsan ketika disoal siasat polis berkaitan kejadian itu selepas keluarganya membuat laporan di IPD Kuala Terengganu kira-kira 3.30 petang semalam.

No comments:

Powered by Blogger.