Header Ads

Loading...

"Bayar Mahal-Mahal Bukan Sedap Pun"

Pengalaman Mencuba Ayam Spicy Sawadee Crunch KFC Yang Mengecewakan

Baru-baru ini, syarikat makanan segera, KFC telah memperkenalkan hidangan terbaru ke dalam menu mereka iaitu, Ayam Spicy Sawadee Crunch.

Hidangan terbaru ini telah secara rasminya dijual di seluruh rangkaian restoran mereka di seluruh negara ini pada pertengahan bulan Oktober ini.

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang sememangnya menggemari makanan, ramai yang berlumba-lumba mahu menjadi orang yang pertama mencuba hidangan terbaru tersebut. Seorang pengguna Facebook yang menjadi salah seorang pelanggan pertama yang mencuba hidangan tersebut telah memberikan review beliau setelah mencubanya untuk kali pertama.

“Tak sedap langsung. Nasib baik beli dua ketul, itu pun tak habis makan…”

Menurut beliau, hidangan terbaru yang diperkenalkan oleh syarikat makanan segera itu hanyalah sekadar indah khabar dari rupa kerana rasanya tidaklah seenak apa yang digambar-gambarkan di dalam komersial terbaru syarikat tersebut.

Reviu Ayam Spicy Sawadee Crunch KFC Yang Mendukacitakan

Aku baru try KFC Thailand ni…
Aku bagi 0 star
Xsedap langsung..ntah apa2 ntah dengan serbuk2..
Sib baik beli 2 ketul itupun tak abis….
Bongok betul yang cipta resepi haha….

Perkongsian beliau itu kemudiannya telah menjadi tular di laman Facebook apabila ramai yang bersetuju dengan pendapat beliau ini.

Reviu Ayam Spicy Sawadee Crunch KFC Yang Mendukacitakan

Terdapat juga beberapa orang netizen yang mengatakan ayam goreng terbaru ini terlampau masin dan tidak setanding dengan rasa ayam spicy KFC sebelum ini.

Menurut Lala Shafiqila rasa Thai itu hanya sekadar pada tepung yang diletakkan di atas ayam goreng itu. Selain itu, beliau turut membandingkan hidangan terbaru KFC tersebut dengan burger ikan Thai daripada McDonalds yang dikatakan jauh lebih baik daripada Ayam Spicy Sawadee Crunch itu.

Reviu Ayam Spicy Sawadee Crunch KFC Yang Mendukacitakan

Tak sedap.. biase je.. rasa thai tu hanya kt tepung je.. isi ayam rase mcm ayam spicy biase tu je.. rugi makan.. baik amik snack plate biase tu.. same je rase die.. so, better lg beger thai McD tu.. tp mcD kedekut sos hijau tu.. secoettt je die letakkk.. bayo mahal2, secoettt jee.. tp sedap la..mohon McDonald’s jangan kedekut sosssss hijau

Namun bagi sesetengah penggemar KFC yang setia, komen-komen seperti ini dilihat seperti menghina syarikat fast food kegemaran mereka.

Reviu Ayam Spicy Sawadee Crunch KFC Yang Mendukacitakan

Not bad. . Nk sedap kau buatla sndri. .byak cekadak. . Dh tau xsdap p beli buat pe. . Dh tu komen rugi beli. . Kau ni mcm sajat jugak. . Dh tau laki2 tapi xnk ngaku. . Dh tau xsdap tpi nk try. . Bebal mcm maselan

Memandangkan kita masing-masing mempunyai taste buds yang berbeza, maka terjadilah perbezaan pendapat. Namun sebagai seorang syarikat besar seperti KFC, feedback daripada pelanggan-pelanggan mereka adalah kritikan bagi memastikan mereka sentiasa kekal relevan di dalam pasaran tempatan.

Sumber: Rizal Hakim

No comments:

Powered by Blogger.