Header Ads

Loading...

Benarkah Dato Aliff Syukri Kedekut Taja Hadiah AF Megastar?

Isu Aliff Syukri Kedekut Taja Hadiah AF Megastar, Ini Penjelasan Astro

Selaku penaja utama AF Megastar, Dato’ Aliff Syukri menerusi muat naik video di laman Instagram dilihat ‘naik angin’ dengan komen yang dilontarkan netizen terhadap dirinya. 

Menerusi video tersebut, Aliff nampak berang terhadap dakwaan orang ramai yang menuduh dia bersikap ‘kedekut’ dalam pembahagian hadiah program tersebut. 

Astro Akhirnya Jawab Dakwaan Isu Aliff Syukri Kedekut Taja Hadiah Di AF Megastar

Ramai bertanya, mengapa juara sahaja yang mendapat hadiah?

Dalam penjelasannya, Aliff menyatakan keputusan menentukan hadiah kepada pemenang tidak terletak di tangannya, sebaliknya di tangan pihak Astro. Terbaru, pihak Astro tampil menjawab persoalan orang ramai.

Astro jawab persoalan

Astro Akhirnya Jawab Dakwaan Isu Aliff Syukri Kedekut Taja Hadiah Di AF Megastar

Dalam sidang media sebentar tadi, Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris menjelaskan setiap peserta yang bertanding di pentas akhir pada malam itu mendapat hadiah masing-masing, dan bukannya diabaikan. Pemberian hadiah itu telah dilakukan secara belakang tabir (tertutup) mengikut perancangan program realiti tersebut.

Kita anggap semua peserta artis profesional dan membayar mereka semua dengan jumlah sepatutnya setiap minggu

Walaupun kita hanya umumkan hadiah juara sahaja tetapi sebenarnya empat lagi finalis turut mendapat hadiah sama rata kerana tiada tempat kedua atau ketiga dalam AF Megastar.

Jadi ia bukan isu sama ada hanya Idayu sahaja mendapat hadiah.

Haa, harap lepas ni tak de yang kecam Dato’ Aliff lagi eh!

Sumber: Mstar

No comments:

Powered by Blogger.