Header Ads

Loading...

Ekonomi Yang Dibangunkan Oleh Al-Aqram Sungguh Bijak

Ekonomi Yang Dibangunkan Oleh Al-Aqram Sungguh Bijak

Siapa Melayu Islam yang benar-benar merdeka? Hamba bukan hendak mengagung-agungkan Abuya Sy.Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi melebihi para Nabi dan Rasul, tetapi Abuya yang bukan pun berkelulusan DIPLOMA atau IJAZAH atau MASTER atau PhD dalam bidang ekonomi telah berjaya MEMERDEKAKAN dirinya dan pengikutnya dengan melaksanakan ‘GERAKAN EKONOMI BARU’. Abuya dan jemaahnya benar-benar merdeka.

Ekonomi Yang Dibangunkan Oleh Al-Aqram Sungguh Bijak

Kehadiran mereka sebentar dalam masyarakat Melayu ini ada hikmah sebenarnya. Satu ciri penting Al-Arqam ialah KEMAMPUANNYA MEMBANGUNKAN EKONOMI. Pegangan Al-Arqam ialah “Jika ekonomi ummat Islam maju, maka seluruh umat Islam maju dan dapat mengamalkan Islam dengan selesa”.

Ekonomi Yang Dibangunkan Oleh Al-Aqram Sungguh Bijak

Inilah yang menjadi steroid kepada ahli-ahli mereka membuat makanan sendiri, berniaga, dan menjadi usahawan. Penangan sistem ekonomi Islam mereka bukanlah calang-calang sehingga industri kicap yang dulu dimonopoli oleh cina telah diambilalih oleh orang Melayu yakni orang Islam [persis cara Saidina Abdul Rahman bin Auf RA berniaga sehingga bankrup Pasar Yahudi].

Ekonomi Yang Dibangunkan Oleh Al-Aqram Sungguh Bijak

Monopoli industri kicap Cina hancur kerana Al-Arqam. Jika dahulu orang-orang Melayu terpaksa makan nasi berkicapkan kicap Cina namun kini tidak lagi. Ahli-ahli mereka bukan sahaja menghasilkan kicap, malah mee, bihun, tauhu dan kacang soya.

Kesungguhan mereka membangkitkan inspirasi kepada orang Melayu yang lain menghasilkan makanan sendiri sehingga taucu yang dulu hanya orang Cina yang mengusahakannya kini, makin pupus dan boleh dikatakan kini orang-orang Melayu membeli taucu-taucu Melayu.

Ekonomi Yang Dibangunkan Oleh Al-Aqram Sungguh Bijak

Dahulu di kedai-kedai, taucu Cina diisi di dalam balang kaca kecil. Kini taucu-taucu Melayu dalam bentuk paket-paket kecil sudah menjadi pemandangan biasa di kedai-kedai. Ekonomi Al-Arqam semakin besar sehingga mampu membeli pajero, bot, bas dan kereta-kereta mewah yang dahulunya hanya hartawan Cina sahaja mampu memakainya.

Ekonomi Yang Dibangunkan Oleh Al-Aqram Sungguh Bijak

Ekonomi Yang Dibangunkan Oleh Al-Aqram Sungguh Bijak

Sehingga terdapat pepatah yang mengatakan jika ternampak orang Melayu menaiki pajero, tentu dia dari Al-Arqam. Kekayaan Al-Arqam menarik perhatian ramai pihak sehingga ke luar negara, sehingga ada wakil orang Kristian Filipina datang mahu mempelajari sistem ekonomi Islam yang dibangunkan oleh Al-Alqam.

Al-Arqam mampu membeli lot-lot kedai untuk kemudahan orang-orang Islam berniaga. Warisan Al-Arqam ini dapat kita lihat dari syarikat Rufaqa dan kini GISB Holdings. Cuba kaji imej Islam yang kukuh ekonominya di Rawang Country Height. Kesampingkan isu-isu yang kontroversi mengenai mereka, cuba kaji mengapa sistem ekonomi Islam yang diamalkan mereka dapat memberikan kekayaan setara malah lebih dari bangsa Cina yang berkerja siang dan malam mencari emas di Suvarnabhumi ini.

Ekonomi Yang Dibangunkan Oleh Al-Aqram Sungguh Bijak

Al-Arqam ini adalah lambang ekonomi Islam di mana jika kita berjaya menghayati satu lagi feqah umat Islam yang dipandang sepi iaitu MUAMALAH, kita tidak akan bimbang lagi dengan kemiskinan orang Melayu. Kini orang bukan Islam semakin sedar akan betapa hebatnya sistem ekonomi Islam ini. Industri yang peka terhadap MUAMALAH ini bukanlah calang-calang industri tetapi INDUSTRI PERBANKAN.

Ekonomi Yang Dibangunkan Oleh Al-Aqram Sungguh Bijak

Jika di tahun 80-an dahulu pernahkah kita mendengar perkataan ‘Mudharabah’ atau akaun simpanan Islam. Sehingga ada bank bernama Bank Islam. Tidak pula terdapat Bank Buddha kerana Gautama Buddha sendiri tidak pernah mengajarkan sistem ekonomi malah beliau sendiri tidak pernah pun mengajarkan para pengikutnya mempertuhankan dirinya sendiri.

Ekonomi Yang Dibangunkan Oleh Al-Aqram Sungguh Bijak

Yang diajarnya hanyalah cara-cara mengatasi nafsu sahaja. Tetapi Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja mengajarkan sistem ekonomi malah hal-hal menyangkut segala masalah manusia dari adab memasuki tandas hinggalah bab-bab mengurus sesebuah negara.

Al-Arqam berjaya menghayati keajaiban sistem ekonomi Islam, dan 99% mereka adalah ORANG MELAYU! Jika mereka boleh mengapa kita tidak boleh? Mengapa kita tidak memandang keajaiban ekonomi mereka tetapi memandang sisi negatif mereka yang kontroversi sahaja? Wallahualam.

No comments:

Powered by Blogger.