Header Ads

Loading...

Filem Wajib Tonton Oleh Rakyat Malaysia!

Filem Wajib Tonton Oleh Rakyat Malaysia!

Filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang merupakan sebuah filem yang telah diadaptasi daripada novel Ramlee Awang Murshid boleh dianggap penanda aras kepada pengkarya lain yang berminat menghasilkan filem daripada penulisan novel.

Filem yang bermaksud roh atau hantu di dalam bahasa Kadazandusun ini membariskan pelakon seperti Datuk M Nasir, Datin Marlia Musa, Faizal Hussein, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein dan Farah Ahmad.

Berikut merupakan 10 perkara tentang filem Tombiruo yang patut anda tahu:

1. Dato’ M. Nasir dan Isterinya Datin Marlia Musa berganding bersama sebagai pasangan suami isteri dalam naskhah ini.

2. Gandingan Faye Kusyairi, Dynaz Mokhtar dan Marlia Musa amat tepat dalam pemilihan sebagai anak beranak, wajah dan karekter ada persamaan.

3. Hanya Zul Ariffin layak memegang watak Ejim. Percayalah.

4. Kerinduan terhadap Faisal Hussein terubat sungguh!

5. Ini naskhah Malaysia yang sangat baik dan wajar dipuji kerana menampilkan Gunung kesayangan kita semua, Akinabalu sebagai latar cerita.

Filem Wajib Tonton Oleh Rakyat Malaysia!

6. Pengarah dan Penerbit bijak mendramakan beberapa aksi dan suasana dan menjadikan ia lebih terkesan dari novel. Ini saya puji.

7. Iya, kau akan cakap novel lebih sedap kerana rasa terlalu cepat kisah ini berjalan di dalam pawagam.

8. Jam tangan Nabila Huda lawa sekali. Jenama apa eh.

9. Jika Farid Kamil terus menjiwai watak dalam pencak silat, dia pasti kan diangkat sebagai watak penting dalam budaya Melayu kita selepas ini.

10. Kesan khas yang dibuat sangat-sangat bagus. Ia mencerminkan filem kita setanding dengan filem hebat antarabangsa.

Filem Wajib Tonton Oleh Rakyat Malaysia!

Tahniah Ramlee Awang Murshid, Karangkraf, Astro Shaw dan seluruh team. Ia bagus ya amat. Saya puji dengan sepenuh hati.

Filem wajib tonton untuk seluruh rakyat Malaysia!

“Jika kau sanggup menjadi saudaraku, aku juga sanggup menjadi saudaramu.”



No comments:

Powered by Blogger.