Header Ads

Loading...

Sebab Iqram Dinzly Berpelakuan Seperti Tidak Waras

Punca Sebenar Iqram Dinzly Berperangai Pelik, Tak Waras Macam Orang Gila

Jika anda menonton TV beberapa tahun yang lepas pasti anda selalu melihat pelakon, Iqram Dinzly muncul dalam beberapa buah drama.

Namun entah kenapa sejak kebelakangan ini nama Iqram Dinzly semakin tenggelam dan wajahnya juga semakin jarang dilihat di kaca televisyen.

Jika lihat di media sosial seperti instagram Iqram Dinzly masih lagi aktif. Tetapi sejak akhir-akhir ini perwatakan dan juga sikapnya dikatakan agak ganjil dari biasa.

Wartawan dari mStar baru-baru ini berjumpa sendiri dengan Iqram Dizly bagi menjawab segala persoalan yang timbul mengenai artis itu.

Iqram Dinzly Berperangai Pelik, Tak Waras Macam Orang Gila

Kata Iqram Dinzly, dia tidak mahu mengambil peduli tentang pandangan orang terhadap dirinya yang dikatakan tidak waras atau gila.

Pelakon yang berumur 36 tahun ini berkata dia hanya melakukan sesuatu perkara mengikut gerak hati nya.

Baru-baru ini, satu isu tindakan ‘tidak waras’ Iqram Dinzly timbul apabila aksi peliknya yang sering berkongsi gambar di Instagram termasuklah swafoto bersama bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said ketika sakit serta turut berkongsi gambar di tanah perkuburan arwah bapanya.

Perkongsian dari Iqram Dinzly ini telah mengundang pelbagai reaksi negatif dari follower dan juga peminatnya.

Tambahan lagi, timbul desas-desus pula dalam industri bahawa Iqram berperangai pelik.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini mari kita ikuti temubual khas dari wartawan mStar:

Patutlah Iqram Dinzly Berperangai Pelik, Tak Waras Macam Orang Gila. Rupa-Rupanya…

(Wartawan) 

Apa Komen Iqram apabila ada segelintir pihak yang mengatakan Iqram sekarang seperti kurang waras?

(Iqram Dinzly)

Saya tak ambil peduli apa kata orang luar. Sekiranya saya gila pun, saya nak jadi ahli syurga. Orang kata saya gila… tapi bagi saya semuanya jelas. Saya buat apa yang saya rasa, itu yang dilakukan.

(Wartawan) 

Apa motif Iqram berkongsi foto depan kubur arwah ayah bersama surah Yasin dengan wajah tersenyum? Nak menunjuk-nunjuk?

(Iqram Dinzly) 

Tak ada niat apa-apa pun. Ia sekadar untuk peringatan dan kesedaran kepada diri sendiri dan orang luar. Tidak semestinya kita menziarahi kubur hanya datang sahaja. Dalam Islam kita tidak boleh terlalu bersedih selepas kematian seseorang.

Walaupun saya senyum tapi hati sedih tidak ada siapa yang tahu. Cuma saya kena kuat mengharungi semua yang terjadi.

(Wartawan)

Melihat entri terbaru Iqram tidak lagi mengenakan serban. Adakah tidak mahu kekalkan imej tersebut?

(Iqram Dinzly)

Serban? Saya tidak pernah mengatakannya serban. Namun saya perkenalkannya sebagai ‘Iqrat Kapla’ (ikat kepala). Saya tak boleh beri jawapan untuk soalan itu. Biarlah rasa dan biarlah masa yang menentukan. Apa yang saya boleh katakan, saya akan melakukan satu transfomasi dalam kehidupan. Perkara ini bukan isu yang besar.
(Wartawan)

Apa yang Iqram rasa dengan kritikan netizen kerana perbuatan Iqram sendiri?

(Iqram Dinzly)

Saya kecewa dan marah sangat-sangat dengan netizen. Terlalu ramai yang menjadi ustaz dan ustazah jadian sedangkan bila diperhatikan semula, ruangan Instagram orang yang ‘jatuh hukum’ ini pun tidak melambangkan sepenuhnya seorang muslim.

Kecam orang sesuka hati dan lepas itu akaun privasi. Ini namanya kulat parasit. Mereka tidak ada kesedaran dalam berbudi bahasa.

(Wartawan)

Iqram sudah lama tidak berlakon. Adakah tiada tawaran? Bagaimana pula perniagaan kedai makan di Langkawi?

(Iqram Dinzly)

Saya ada terima beberapa tawaran namun buat masa ini, saya mahu berehat tanpa memikirkan industri seni. Kedai makan di Langkawi terpaksa ditutup buat sementara waktu. Mungkin sebab orang di sana tidak dapat terima orang luar. Sekiranya nak tahu lebih lanjut, silalah mengikuti laman Instagram @bawaabata.merebucks. Insya-Allah, di ruangan itu nanti akan bermulanya kisah saya.

Itulah jawapan dari mulut pelakon Iqram Dinzly tentang apa yang berlaku kepada dirinya dan juga menjawab tomahan orang ramai terhadap sikapnya yang agak berlainan sejak akhir akhir ini.

Sama-sama kita mendoakan semoga Iqram Dinzly akan berjaya dalam kariernya dan juga kehidupannya. Jadilah netizen yang bijak dan janganlah sentiasa menjadi penghentam orang.

No comments:

Powered by Blogger.