Tiada Edah Kerana Tidak Pernah Bersama
Kemelut rumah tangga antara penyanyi Hafiz Hamidun dan Joy Revfa akhirnya menemui titik pengakhiran. Semalam, pasangan itu dilaporkan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling berhakimkan Hakim Syarie Shukran Yusof.
Berhubung perkara itu, Hafiz tampil memberitahu Mstar dia berasa lega akhirnya segala krisis rumah tangganya yang kecoh kebelakangan ini sudah pun menemui garis penamat.
“Tidak simpan dendam”
Kata Hafiz, dia tidak menyimpan sebarang dendam terhadap Joy, sebaliknya bersyukur pengakhiran perkahwinan ini akhirnya akan menutup isu perbalahan diantara mereka yang kecoh sejak beberapa bulan lepas.
Ini bukan pilihan tapi dengan perceraian ini ia boleh menamatkan episod yang sangat panjang. Bukan satu hari tapi berbulan-bulan.
Saya maafkan dia dan secara peribadi juga meminta maaf kepadanya tentang apa yang berlaku. Dia ada kesalahan dan tidak perlu kita bangkitkan lagi.
“Ada hikmah tersendiri”
Tambah Hafiz, dia kini ingin memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan dan muzik. Berhubung apa yang terjadi antara dirinya dengan Joy, Hafiz mengaku semua yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya.
Saya percaya apa yang berlaku ini ada hikmah tersendiri kepada saya dan keluarga. Paling penting ia memberi pengajaran yang sangat berharga buat saya dan orang-orang lain juga.
Sementara itu, Joy pula berkata dia reda dengan apa yang ditentukan Allah S.W.T.
“Jangan lagi fitnah saya” – Joy
Pada masa yang sama, dia berharap agar netizen berhenti memanjang-manjangkan cerita dan berhenti menuduh dirinya memfitnah pihak sana tentang isu ‘menyentuh’. Kes dah habis guys, tak perlu cakap lagi kot.
Sumber: Mstar
No comments: