6 Jenis Makanan Yang Dipalsukan Di China
Negara China merupakan salah satu negara terbesar yang mempunyai jumlah penduduk yang sangat padat. Untuk mendapatkan sumber asas di negara tersebut terutamanya makanan adalah terhad kerana permintaan yang sangat tinggi.
Oleh kerana itu, terdapat sebahagian manusia yang tidak bertanggungjawab ingin mengambil kesempatan terhadap masalah ini dengan menjual makanan tiruan untuk menampung permintaan yang tinggi tersebut, di samping mengaut keuntungan yang banyak. Bukan itu sahaja, bahkan terdapat juga makanan tiruan ini yang sudah masuk ke pasaran Malaysia.
Berikut merupakan 6 makanan tiruan yang dihasilkan di China:
1. Mihun tiruan
Pada tahun 2010, sebanyak 50 buah kilang mihun ditutup oleh pihak berkuasa kerana didapati menggunakan bahan-bahan yang terlarang. Dalam operasi serbuan tersebut, sebanyak 0.5 juta kilogram mihun telah dirampas.
2. Susu tiruan
Susu tiruan mengandungi sejenis bahan kimia yang sangat beracun iaitu Melamine. Pada tahun 2009, seramai 53,000 bayi telah dilaporkan mengalami masalah kesihatan setelah minum susu tiruan tersebut.
3. Telur tiruan
Telur tiruan ini mengandungi gelatin, perwarna tiruan dan air, manakala kulitnya pula diperbuat daripada lilin. Telur tiruan ini bukan sahaja dijual di China, malah ia juga telah memasuki pasaran Malaysia baru-baru ini.
4. Kacang walnut tiruan
Memandangkan permintaan kacang Walnut adalah sangat tinggi di China, terdapat beberapa manusia yang tidak bertanggungjawab memungut kulit kacang yang kosong dan mengisinya kembali dengan konkrit dan kertas.
5. Daging lembu diperbuat dari daging tikus
Di China, terdapat banyak kedai yang menjual daging tikus sebagai daging lembu. Sehingga kini, masalah ini masih tidak dapat dibendung oleh pihak berkuasa
6. Beras tiruan
Beras yang merupakan makanan paling asas juga turut dipalsukan. Menurut siasatan, nasi tiruan ini dihasilkan dengan menggunakan kentang dan plastik.
No comments: