Header Ads

Loading...

Inilah Sebab Hartawan Cina Yang Gemar Menyertai Program Zakat.

Minggu lalu aku mengikuti program ziarah zakat anjuran Majlis Agama Islam Perak. Kami menjelajah sampai ke perkampungan orang Asli Pos Kemar dekat hutan Belum tu.

Dalam ramai-ramai anggota rombongan, aku nampak ada seorang lelaki Cina. Kurus dan beruban. Umur dalam 60an. Ringkas dan sempoi saja penampilannya.

Nak kata mualaf tak juga. Bila orang berdoa dia hanya diam tunduk hormat.

Hartawan Cina Ini Dedah Kenapa Suka Sangat Sertai Program Zakat

Cuma aku pelik juga. Apa dia buat ikut rombongan yang 99 peratus orang Islam ni, program zakat pulak tu.

Bila sampai ke sebuah kawasan perumahan awam di Gerik, aku nampak dia sama-sama menolong pegawai zakat masuk rumah orang kampung bagi sumbangan. Duduk bersila sama-sama mereka. Aku diam lagi. Aku perhati je kelibat dia.

Ni paling best. Malam tu lepas habis program dah penat-penat semua, kami adalah majlis makan malam. Sahabatku Nizal B Mohammad (exTV3) jadi emcee. Kau nak tahu apa dia buat?

Hartawan Cina Ini Terlalu Suka Sertai Program Zakat

Dengan selamba dia announce bagi RM10,000 kat pejabat zakat untuk bantu buat program-program mereka. Semua macam pelik, siapa mamat Cina ni?

“Saya dah tengok apa yang pejabat agama Perak dan you all semua buat kerja. Saya bangga dan terpanggil untuk sama-sama ‘join’ apa yang boleh saya bantu,” katanya ringkas.

Esok tu, selepas selesai program, Ustaz Tasyriff dari Zakat Perak ada bagi contact pembantu lelaki Cina ini dan alang-alang on the way pulang ke KL, aku singgah ke pejabatnya yang terletak di kawasan perindustrian Zarib, Perak.

Hartawan Cina Ini Terlalu Suka Sertai Program Zakat

Subhanallah. Lelaki Cina itu bukan calang-calang orang rupanya. Namanya James Lim, pemilik sebuah kilang elektronik bernama Salutica Allied Solutions yang berjaya disenaraikan di bursa saham. Kilangnya seluas 30,000 kaki persegi dengan kakitangan mencecah ribuan orang!

“Saya dulu hanyalah CEO syarikat ini, bukan owner. Ia syarikat Jerman. Bila mereka tidak lagi berminat, saya risau tengok staf kami, saya takut mereka hilang pekerjaan, apa mereka nak makan. Macam mana mereka nak sara keluarga”.

“Masa tu umur saya dah 55 tahun, boleh duduk rumah relaks kalau nak diikutkan. Tetapi saya bagitahu isteri saya yang bekerja sebagai cikgu, saya nak ambil alih kilang ini. Biar kami susah senang sama-sama. Tak sangka ia berkembang dengan begitu cepat sampai boleh disenaraikan di bursa saham,” kata pemegang ijazah kejuruteraan Universiti Malaya yang berasal dari Selangor ini.

Pendedahan Kenapa Hartawan Cina Ini Terlalu Suka Sertai Program Zakat

Mengenai sumbangannya pada program pejabat agama Islam dan zakat di negeri ini, Lim berkata, sejak kecil lagi beliau terdedah dengan kerja-kerja amal kerana bapanya juga sering berbuat demikian.

Walaupun mereka bukan dari keluarga kaya, Lim berkata, mereka tetap membantu masyarakat di sekitar kampung mereka dengan cara mereka sendiri.

Waktu di sekolah menengah sebagai contoh, Lim akan mengajak rakan-rakannya naik basikal dan memberi tiusyen percuma pada anak-anak kampung sampailah dia dapat masuk ke UM.

“Orang Melayu ramai kat negara kita ni, sudah tentu ramai juga yang susah. Jangan kata Melayu, orang India dan Cina pun ramai yang miskin. Sebab itu saya nekad, walaupun saya penat-penat cari duit, saya juga bantu mereka, kalau kebetulan ada kerja kosong kat kilang saya, saya buka peluang pada mereka- tak kira apa bangsa, tak kira apa agama”.

“Encik Syahril… Malaysia ini tanah air saya. Mana lagi saya nak pergi. Apa yang kita dapat, kita mesti bagi balik. Kita tak mungkin boleh berjaya kalau kerja sorang diri. Dengan pejabat zakat Perak, ‘I dunt mind’ bagi apa yang saya termampu, mereka dah buktikan, saya tengok dengan mata kepala sendiri diaorang masuk sampai jauh-jauh cari asnaf, jadi saya sangat happy, mesti mau join sekali!,” katanya.

Pendedahan Kenapa Hartawan Cina Ini Terlalu Suka Sertai Program Zakat

Lepas sejam berborak dengan Mr. Lim, aku pun minta diri. Dia hadiahkan sepasang earphone bluetooth keluaran syarikatnya sebagai tanda persahabatan.

Serius, aku bangga dengan hartawan Cina ini. Ternyata agama dan warna kulit baginya bukan halangan untuk berbakti sesama insan. Allahu.

HATS OFF SIR!

No comments:

Powered by Blogger.