Perkahwinan Artis-artis Popular Tanah Air 2017
5 Perkahwinan Selebriti Wanita Paling Popular 2017. No 4 Tu Tak Sangka Walaupun Berstatus Jan!
Kurang dari sebulan sahaja lagi sebelum tahun 2017 menutup tirainya. Dalam tahun ini ramai selebriti yang mengambil keputusan untum menamatkan zaman bujang mereka. Dan bercakap mengenai perkahwinan mereka, sudah pasti pasangann, baju dan perhiasan perkahwinan mereka antara yang menjadi perhatian. Untuk tahun 2017, berikut adalah 5 selebriti tersebut.
1. Izara Aishah
Menduduki tangga teratas, perkahwinan Izara Aishah dan Adib Khalid diantara yang mencuri perhatian ramai peminat dan media massa. Melihatkan saja pada persalinan perkahwinan yang dipakai oleh Izara, rata – ratanya memuji kecantikan Izara yang amat terserlah pada malam itu.
2. Ummi Nazeera
Tidak keterlaluan jika kami katakan bahawa perkahwinan Ummi Nazeera dan Mohd Izzar layak dinobatkan sebagaiwedding of the year. Baik dari segi busana sehinggalah ke set pelamin pernikahan dan perkahwinan mereka segalanya begitu cantik dan tampak elegan!
3. Mia Ahmad
Biarpun perkahwinan mereka tidaklah begitu gah seperti artis ternama yang lain, namun Mia Ahmad tetap mencuri perhatian ramai apabila menamatkan zaman solonya dengan pemain bola sepak , Izham Tarmizi.
4. Sari Yanti
Tiada liputan eksklusif mengenai perkahwinan Sari Yanti dan pelawak Jep Sepahtu atas permintaan mereka. akan tetapi perkahwinan ini juga dinanti – nanti oleh peminat mereka sejak tularnya isyarat cinta Jep melalui ‘pickupline’ kepada Sari.
5. Laudya Cynthia Bella
Penyatuan dua negara ini mendapat perhatian peminat dari Malaysia dan Indonesia. Nama Laudya Cynthia Bellasudah tidak perlu diperkenalkan lagi yang popular menerusi drama sinetron Bukan Bintang Biasa. Bella yang berkahwin dengan Engku Emran yang juga COO Suria FM kelihatan begitu cantik dan dipuji kerana kemanisannya yang jelas kelihatan setiap masa.
Sumber: Hangat
No comments: