Header Ads

Loading...

Sengsara Cucuk Collagen Pada Muka

Gara-gara menyuntik kolagen pada wajahnya suatu masa dahulu, seorang usahawan kosmestik kini mengakui menanggung azab ketika mahu mengeluarkannya semula.

Wanita Ini Dedah Sengsara Cucuk Kolagen Pada Wajah

“Azabnya jangan cakaplah, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Rasa nak mati pun ada,” kata Sarina Shafie, 38.

Pada awalnya dia menyuntik kolagen itu ketika usia 25 tahun agar kelihatan cantik seperti seorang selebriti. Malah, memang menjadi trend pun ketika itu menyuntik kolagen pada wajah. Namun, selepas 10 tahun kemudian, wajahnya dikatakan pelik dan juga tidaklah secantik yang disangkakan.

Sarina berkata, orang ramai mula bertanya “kenapa dagu panjang, kenapa dagu pelik, kenapa dagu terpisah dari muka, kenapa muka dulu cantik.”

Wanita Ini Dedah Sengsara Cucuk Kolagen Pada Wajah

Akhirnya, kerana tertekan wanita ini mengambil keputusan untuk membuang kolagen yang pernah tertanam pada wajahnya. Dia berjumpa dengan doktor pakar bagi urusan itu.

Bayangkan ketika mendapat suntikan itu dahulu, kosnya cuma RM300. Namun, bagi operasi membuangnya pula ia memakan kos sehingga RM12,000! Memang sangat membazir.

Memetik Harian Metro, pembedahan yang dijalankan beberapa bulan lalu memakan masa empat jam dengan 20 suntikan penahan sakit di bahagian dagu dan mulut.

Malah, menakutkan kerana terdapat satu lubang ditebuk di bawah dagu untuk memasukkan besi yang dipanaskan agar kolagen cair sebelum disedut keluar.

Wanita Ini Dedah Sengsara Cucuk Kolagen Pada Wajah

“Memang ngeri bila diingat kembali saat pembedahan dilakukan,” katanya, “dan selepas itu muka saya bengkak teruk …”

Kesannya memang sangat menakutkan kerana Sarina tidak boleh makan selama 2 minggu dan proses penyembuhan sepenuhnya memakan masa sehingga 6 bulan! – Sumber: Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.