Header Ads

Loading...

4 Penumpang Cedera Naik Air Asia

4 Penumpang Cedera Naik Air Asia


PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 4 orang cedera apabila sebuah penerbangan AirAsia X dari Taipei ke Kuala Lumpur mengalami gangguan gelora udara serius, semalam.

Mangsa cedera termasuk 3 penumpang dan seorang pramugari.

Sin Chew Daily melaporkan penerbangan D70373 mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) kira-kira 8.35 malam Rabu, tetapi penumpang hanya dibenarkan meninggalkan pesawat 15 minit kemudian selepas ambulans tiba.

Seorang penumpang wanita memberitahu akhbar itu, pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan di ibu negara Taiwan itu mengalami gelora udara serius ketika dalam perjalanan ke klia2 dan ada penumpang cedera akibat tidak memakai tali pinggang keledar.

Beliau berkata, bagasi jatuh dari tempat simpanan di atas akibat gelora udara, menyebabkan kepala seorang penumpang terluka.

Katanya, gangguan serius itu turut menyebabkan seorang pramugari terjatuh, manakala seorang kanak-kanak berusia 9 tahun cedera di kepala dan pinggang akibat terjatuh selepas hilang kawalan.
“Seorang nenek juga cedera di kepala dan tidak boleh bergerak.”

No comments:

Powered by Blogger.