Header Ads

Loading...

Nak Mencuri Rupanya

Nak Mencuri Rupanya

WANITA yang ditangkap dan dibelasah penduduk kampung di Kubang Menerong, Tasek Gelugor,  mengintip rumah seorang warga emas manakala teman lelakinya menceroboh kediaman mangsa.
Dalam kejadian 9 pagi itu, wanita yang berusia 18 tahun itu bersama teman lelakinya berumur 21 tahun 'meninjau' sebuah rumah.
Teman lelaki itu kemudian memasuki rumah mangsa yang berusia 70 tahun.
Kebetulan ketika itu mangsa sedang memakai baju sebelum lelaki terbabit memukul warga emas itu dengan kayu.
Mangsa bagaimanapun bergelut dengan penceroboh yang cuba merampas barang kemas dipakainya manakala teman wanitanya mengintai dari luar rumah.
Jeritan mangsa meminta tolong didengari anak serta jirannya yang bergegas sebelum menahan wanita berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, terkejut dengan tindakan mangsa, suspek lelaki bersembunyi di bawah katil dalam bilik mangsa.
Bagaimanapun, katanya, anak mangsa dengan bantuan jiran berjaya memberkas suspek lelaki dan teman wanitanya sebelum diserahkan kepada polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Video wanita itu meronta untuk melepaskan diri ketika dicekup selain gagal menjawab pertanyaan kenapa dia mengintai rumah mangsa, tular hari ini.
Portal berita Harian Metro sebelum ini melaporkan penduduk yang enggan dikenali berkata, beberapa penduduk yang tidak berpuas hati terus menyoal wanita itu, tetapi dia hanya berkata 'sat chek nak explain'.
"Dia hanya berkata 'sat chek nak explain' bila penduduk tanya kenapa dia pergi ke rumah mangsa.
"Namun, dia tetap tidak beritahu kenapa dia mengintai rumah mangsa sebelum penduduk menarik baju dan memukulnya," katanya.
Tiga video sepanjang antara lima hingga 10 saat merakamkan aksi wanita itu ditahan penduduk, disoal sebelum dibelasah menjadi tular.

No comments:

Powered by Blogger.