Header Ads

Loading...

Salah Waze atau Salah Kami?

Salah Waze atau Salah Kami?

Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih admin post cerita saya. Sebelum ini saya pernah baca kisah tentang 2 wanita yang gunakan waze sampai sesat dan tak sangka benda tu berlaku pada diri sendiri. Untuk keselesaan diri, saya guna tukar ganti nama ‘aku’ ye hehe.
BH (aku), SA, WA, DO (jantina lelaki, tunang SA) dan NI naik satu kereta. Kami baru habis jamuan raya (tahun 2017) dekat Seremban dan cadangnya nak lawat kawan sekolah kami yang baru bersalin. Teruja nak tengok anak member. Rumah kat Melaka (nama tempat dirahsiakan). Yang bawak kereta DO. Jadi kami perempuan berempat yang dah lama tak jumpa kepoh lah pot pet pot pet pung pang pung pang cerita gosip hahah. Lama kot tak jumpa nak nak lagi si WA baru balik dari Mesir (WA belajar sana).
Kami guna highway Seremban nak ke Melaka dan nak keluar exit Jasin. Agaknya Allah memang nak uji kami berlima dan kebetulan kami ni huhahuha (terlampau suka) sangat dalam kereta, ada lerr benda yang join huhahuha. Macam mana tah DO terlepas pulak exit Jasin. Yang kami perempuan diam dah takut kalau sesat kan. SA pun bukak lah waze nak ke rumah member (dia ada share location). Tapi location yang dia share tu SA kata macam tak betul. So, SA tulis sendiri dekat waze alamat member kitorang dan waze suruh ikut exit Tangkak.
Masa ni lebih kurang pukul 6.30 petang. Kitorang tetap gelak bising borak walaupun taktau jalan dan mengharapkan waze je hahah. Keluar exit Tangkak, waze tunjuk lah jalan nak ke rumah member kitorang tu. Jauh lagi beb jalan yang waze bagi tu! Aku tak ingat lah berapa km sebab aku tak tengok waze tapi SA ckp jauh. NI pun cuba waze pakai fon dia tapi tetap jauh. Nak taknak kitorang cuba je lah ikut jalan waze kasi tu. Aku, WA, NI duduk belakang diam sekejap sbb kitorang yang bising berie (hahah kalau diorang baca ni mesti WA dengan NI cakap aku yang bising lebih 😂). So, DO pun drive ikut jalan yang SA waze tu.
Perasaan memang cuak dah lah sebab kitorang kat Johor kot (ada papan tanda tepi jalan) bukan kat Melaka beb. Cuak-cuak pun tetap bising dan masih tak dapat kesedaran jugak. Kitorang still gelak2 buat lawak “Wehh tak sangka sampai Johor, jalan2 terus lah kat sini”. Haa lebih kurang macam tulah kitorang cakap dan memang betul waze ni pandai bergurau. Siap bawak jalan-jalan masuk kampung. Masa ni aku tak perasan sangat jalan sebab langit dah gelap, tapi yang aku tau waze suruh masuk satu simpang kampung ni.
DO pun drive lah masuk dan jalan kampung tu jauh sangat ke dalam. Mula-mula jumpa surau ok lagi. Lepas tu jalan makin kecik. Means kalau selisih dengan kereta lain memang kena reverse salah satu kereta. Rumah ada tapi jarak jauh-jauh dan masa ni tak nampak orang langsung. Kereta kitorang je kat jalan kampung tu. Haaa dah keadaan mcm ni diam lah semua sebab cuak. Tapi kitorang still husnozon dengan waze mana tau waze bawak ke jalan yang tak ramai kereta. Aku tengok kereta kitorang makin jauh masuk lagi dalam kampung. Keliling ada sawah-sawah dan rumah kat situ jauh tengah-tengah sawah. Aku pun cakap lah “Jalan apa ni, kita kat mana ni” nada macam nak takutkan diorang lah. NI cakap “Weh jangan cakap macam tu” sambil gelak-gelak. SA memang diam dah sebab dia agak penakut. Bukan agak MEMANG penakut dan lemah semangat hahah sorry SA. WA pun diam je sebab dia gelak paling kuat tadi. DO rilek je bawak kereta dan haruslah dia kena cool sebab dia sorang lelaki.
Suara perempuan dalam waze tu cakap sila masuk simpang kiri tapi dlm english lah. Tiba-tiba DO brek mengejut dan cakap “Astaghfirullah hal azim, tempat apa ni?!” Kitorang yang duduk belakang terkejut lah sebab waze bawak ke jalan mati!!! Depan ni tak ada jalan tar lagi dah, jalan pasir belekak lekuk tu macam jalan terbengkalai. Aku perati lagi kat depan ada kolam-kolam kecik terbiar. Yang paling annoying suara waze tu still suruh masuk simpang kiri sedangkan kat situ dah tak ada simpang beb! Belah kiri tu penuh dengan sawit, batu konkrit jalan raya susun tinggi-tinggi (bayangkanlah sendiri tak reti nak lukis) dan belah kanan semak samun. SA memang dah cuak aku rasa dia nak nangis dah. Kitorang semua suruh reverse ke belakang tak kasi DO pusing kat pasir depan tu. Risau terjunam ke bawah takpun pasir tu telan kereta kitorang ke. Tapi tu lah macam yang aku cakap alhamdulillah DO tu lelaki dan dia yang tenangkan kitorang. DO cakap “Tak apa kita cuba dulu pusing depan ni in sha Allah selamat. Kalau reverse ke belakang pun jauh lagi nak sampai simpang mula masuk. Tak memasal selisih dgn kereta lain.”
Lagipun tepi-tepi jalan ni kan sawah jadi memang tak dapat reverse kiri atau kanan. Memang tak lah kan kitorang nak masuk ke hutan kelapa sawit tu untuk pusing. Buatnya perempuan waze tu cakap “You have arrive at your destination” haaa lagi kelam kabut agaknya. Memang penuh tawakal DO pusing kat bahagian pasir tu. Alhamdulillah kami semua selamat pusing kat situ. Cuma bukit pasir tu agak tinggi. Nak terjunam jugak kereta ke bawah. Tapi driver kitorang ni slow-slow undur dan kereta selamat atas jalan tar. Memang jalan terus ke depan tak pandang belakang dah, rasa lama sangat perjalanan nak keluar ni. Haa masa ni kitorang dah boleh senyum sikit. Kalau dekat pasir tadi muka masing-masing memang serius gila lah. Tiba-tiba DO tekan brek sebab hampir nak langgar sorang pakcik bawak motor. Cuak tapi dalam masa yang sama lega jugak jumpa manusia pertama lepas berapa lama tersepit dalam kampung ni dan baru nampak motor-motor lain lagi yang keluar dari surau. Aku tengok jam dah pukul 8 setengah. Keluar je dari simpang kampung tu memang lega habis dah kitorang. Boleh buat bising gelak gelak.
Yang tak menahan WA boleh pulak buat lawak “BH! Aku nampak signboard tulis Sg.Mati! Apa dah jadi dengan kita ni??!”. Sengal je budak WA ni. Padahal dia paling cuak kahkah. SA tutup waze dan guna maps (cuba ikut location yang member share). Dengan izin Allah maps bantu kami semua sampai ke destinasi yg sepatutnya. Macam biasalah sampai rumah member kitorang ni lagi bising kepoh mulut semua hahahaha. Dah balik rumah aku cerita kat mak. Mak aku cakap “Haa sebab tu mak pesan pergi mana-mana jangan suka sangat. Tengok kan dah ada yang tolong bawak kau jalan, dia suka lah jalan-jalan dgn kau”. Hehe sekian pengalaman.

No comments:

Powered by Blogger.