Header Ads

Loading...

Tidak Berniat Untuk Mengaibkan Sesiapa



Tidak Berniat Untuk Mengaibkan Sesiapa

"SAYA tiada niat mengaibkan sesiapa, tetapi sikap lepas tangan, dolak dalih dan mengherdik kami sambil menuding jari menyebabkan saya hilang pertimbangan.
"Kami kepenatan dan masih sedih dengan kematian Lily (kucing baka British Short Hair) namun lelaki itu bukan saja melenting apabila diminta berbincang mengenai ganti rugi, malah memalukan kami," kata Bistari Mansor, 34, wanita yang dua videonya menangis dan marah di kedai haiwan di Tampoi, Johor, tular sejak Ahad lalu.
Dua video dengan video pertama berdurasi 2:47 saat memaparkan bangkai Lily berlatar belakangkan tangisan Bistari, manakala video kedua berdurasi 7:35 saat pula memaparkan Bistari mula berang apabila kakitangan premis itu enggan memberikan sebarang jawapan, manakala pemiliknya dipercayai keluar ke tempat lain tular di Facebook (FB) hingga dikongsi lebih 500 pengguna.
Bistari berkata, kejadian berlaku Ahad lalu selepas menerima panggilan kakitangan kedai haiwan itu memaklumkan Lily sudah mati.
Katanya, sebaik tiba dia dan suami sebak melihat Lily terbaring dan tidak dapat menahan emosi dengan menangis di kedai berkenaan.
"Kami reda kehilangan Lily, namun apabila diminta berbincang mengenai ganti rugi pemilik kedai mula berdolak dalih.
"Sebelum ini, memang kami teringin membela kucing baka import dan lelaki berkenaan memberitahu ia sebagai pelaburan kerana anak-anaknya boleh dijual sehingga RM10,000 seekor menyebabkan kami sanggup membeli Lily dengan harga RM10,000.
"Banyak lagi janji lisan diberikan termasuk kucing sakit atau mati akan diberi ganti rugi tetapi mestilah berlaku di kedainya," katanya.
Menurutnya, malangnya ketika berbincang pada hari kejadian lelaki berkenaan mula berdolak dalih dan enggan memberikan ganti rugi sebelum mengherdik memalukan mereka dan keluar dari kedainya.
Katanya, dia tiada niat untuk merakam kejadian itu hinggalah diperlakukan sedemikian rupa dan berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengelak kejadian sama berulang.

No comments:

Powered by Blogger.