Header Ads

Loading...

Sufian Suhaimi Sudah Bersedia

Sufian Suhaimi Sudah Bersedia

PENYANYI popular Sufian Suhaimi mengesahkan bakal bertunang dengan kekasihnya, pelakon Elfira Loy pada Oktober ini.
Sufian, 25, berkata buat masa ini tarikh belum ditetapkan kerana masih dalam perbincangan.
"Ikut perancangannya memang begitu. Cuma, buat masa sekarang saya belum boleh bercakap lebih lanjut kerana masih ada tempoh dua bulan lagi.
"Apa yang penting doakan yang baik-baik dan moga segala perancangan berjalan lancar,” katanya kepada Harian Metro.
Sufian yang popular menerusi lagu Terakhir juga menafikan bakal bernikah pada Januari depan seperti yang diperkatakan banyak pihak.
Bagaimanapun, Sufian mengakui dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
"Bukan saja saya, malah Elfira juga sudah bersedia bergelar isteri. Orang kata berkahwin bukan perkara mudah, jadi teruslah mendoakan yang terbaik.
"Bagi saya tidak salah berkahwin di usia muda. Paling penting mendapat restu dan sokongan kedua ibu bapa. Lagi pun apa yang kami nak buat ini perkara baik," katanya.
Menurut Sufian, ibu bapanya menyambut baik kehadiran Elfira dalam keluarga mereka.
"Selepas majlis merisik tempoh hari, keluarga semakin sukakan El. Malah, mereka merestui pilihan saya untuk membawa El masuk ke dalam keluarga kami,” katanya.
Sufian menghantar rombongan merisik Elfira pada 1 Julai lalu selepas berkenalan selama beberapa bulan.

No comments:

Powered by Blogger.