Header Ads

Loading...

Ugut Bunuh Ibu Kerana Tak Dapat Makanan

Ugut Bunuh Ibu Kerana Tak Dapat Makanan

HANYA kerana tidak dapat menyediakan makanan, ibu diugut bunuh oleh anak lelakinya di Taman Beringin Jinjang Utara, Kuala Lumpur, semalam.
Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, lelaki berusia 31 tahun meminta ibunya berusia 57 tahun memasak tetapi permintaannya tidak ditunaikan kerana ibunya penat.



Menurut sumber, lelaki itu mengamuk dan tergamak mengugut mahu membunuh ibunya.
"Dua beranak itu bertengkar kerana makanan, sebelum lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan itu mengugut nak bunuh wanita terbabit.
"Difahamkan anak lelakinya itu di bawah pengaruh dadah," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, kes itu dalam siasatan polis.

No comments:

Powered by Blogger.