Header Ads

Loading...

Cara Orang Perancis Mendidik Anak Mereka Supaya Lebih Menghormati Orang Sekeliling

Ramai yang berpendapat kanak-kanak di Eropah lebih aktif dan bijak serta lebih menghormati orang di sekelilingnya.

Mereka sangat menghormati ibu dan bapa jika dibandingkan dengan anak kita sendiri yang sering meragam dan menunjukkan tingkah laku yang kurang sopan apabila permintaan tidak dipenuhi.

Pernahkan anda terfikir apakah ada cara didikan yang berbeza yang boleh dipraktikkan dalam mengasuh anak-anak anda. Mari kita lihat rahsia dan peranan ibu bapa dalam usaha mendidik anak dari bayi lagi.

"Saya Tersentak Melihat Cara Orang Perancis Mendidik Anak-Anak Mereka.."

1. Tahun Pertama Saat Kelahiran

"Anak Suka Mengamuk Jika Tidak Diikuti Kemahuannya, Tetapi Setelah Melihat Cara Orang Perancis Mendidik Anak-Anak Mereka, Saya Mula Tersentak.."

Seperti di Malaysia, golongan ibu di Eropah akan diberikan cuti selama 10 minggu oleh majikan selepas mereka melahirkan anak.

Setelah tamat tempoh tersebut, bayi yang baru lahir ini akan dibesarkan dan dididik oleh pengasuh. Sejak bayi lagi telah dibiasakan dengan kehadiran orang luar selain ahli keluarga. Ini secara tidak langsung mengajar anak-anak agar lebih berdikari.

2. Memisahkan Tempat Tidur Seawal Satu Tahun

Cara Orang Perancis Mendidik Anak-Anak Mereka

Kanak-kanak memang telah dilatih untuk tidur berasingan dengan ibu bapa. Sekiranya anak menangis pun ibu bapa akan memastikan dulu keadaan samada perlu atau tidak untuk menjenguk. Ini dapat melatih anak-anak agar lebih terbiasa dengan keadaan sedemikian dan menjadikan mereka lebih kuat secara mentaliti.

3. Kebebasan Untuk Bergerak

Cara Orang Perancis Mendidik Anak-Anak Mereka

Ibu bapa di Eropah lebih kepada memberi kebebesan sepenuhnya untuk anak-anak mereka bertindak bersendirian tanpa memerlukan pengawasan dan sekatan.

Ini dapat dilihat contohnya di taman permainan di mana anak dibiarkan bermain sendiri. Selain itu ibu bapa tidak akan bertindak memberi hukuman di atas suatu tindakan malah menganggapnye sebagai salah satu proses pembelajaran.

Kanak-kanak akan belajar daripada tindakan yang dilakukannya serta ini akan melatih sikap bertanggunjawaban sebagai satu aspek penting dalam proses pembesaran itu,

4. Peranan Datuk Dan Nenek Dalam Didikan

Cara Orang Perancis Mendidik Anak-Anak Mereka

Berbeza dengan sikap didikan datuk dan nenek di Malaysia yang akan menyebelahi cucu yang sering dianggap masih kecil.

Ini sebenarnya akan merosakkan mereka dengan terlampau memanjakan mereka yang secara tidak langsung memberi kesan kepada kanak dalam membezakan sesuatu perkara yang baik atau tidak.

Ia disarankan agar tidak perlu campur tangan yang keterlaluan daripada datuk dan nenek kerana naluri mereka yang lebih emosional dan sensitive secara tidak langsung akan member impak yang negative pada kanak-kanak ini.

5. Tidak Ada Makanan Yang Khusus Atau Berbeza Untuk Kanak-Kanak

Cara Orang Perancis Mendidik Anak-Anak Mereka

Di Eropah, mereka sangat mementingkan masa berkualiti seperti waktu makan malah waktu makan yang mereka peruntukkan adalah 2 jam sepanjang waktu bekerja mereka di siang hari. Ketika makan bersama keluarga anak-anak akan diberi makan yang sama seperti yang mereka makan dan tidak ada perbezaan menu yang dimakan bersama. Ini dapat membentuk anak-anak supaya tidak memlilih dan menerima seadanya.

6. Menunjukkan Tingkah Laku Dan Contoh Yang Baik

Cara Orang Perancis Mendidik Anak-Anak Mereka

Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk tingkahlaku dan sifat murni anak-anak.

Dari saat kecil lagi kanak-kanak telah dilatih dengan 4 frasa perkaatan iaitu ‘terima kasih’, ‘sama-sama’, ‘selamat pagi/ Selamat malam’, dan ’jumpa lagi’.

Disamping itu sikap menghormati dan memuliakan tetamu juga disemai dan ditunjukkan oleh ibu bapa yang mana ia banyak mengajar kanak-kanak supaya menghormati orang sekeliling yang mana ia amat bagus dalam membina jatidiri yang baik dalam diri setiap insane yang patut diajar sejak kecil lagi.

7.  Hari Minggu Adalah Hari Bersama Keluarga

Cara Orang Perancis Mendidik Anak-Anak Mereka

Setelah 5 hari bekerja, hari sabtu dan ahad adalah hari yang diberi keutamaan pada keluarga. Di Eropah kita dapat lihat pelbagai aktiviti riadah contohnya ke taman, berbasikal satu keluarga, berpiknik dan sebagainya.

Ini adalah sangat perlu dalam mengeratkan hubungan seiisi keluarga tanpa ada campur tangan kerja. Pada waktu ini ibu bapa akan focus kepada keluarga khususnya anak-anak.

8. Anak-Anak Akan Diberikan Wang Saku

Cara Orang Perancis Mendidik Anak-Anak Mereka

Kanak-kanak akan diberi wang saku seawall usia 7 tahun dan disesuaikan dengan tahap umur. Contohnya apabila ke pasaraya kanak-kanak akan diberi sejumlah wang dan dengan wang itu mereka akan merancang untuk berbelanja berdasarkan bajet atau peruntukan yang diberikan.

Ini akan dapat mendidik mereka supaya menjadi lebih bertangungjawab, merancang dan berhemah dalam berbelanja yang telah dilatih sejak kecil lagi.

No comments:

Powered by Blogger.