Header Ads

Loading...

9 TIPS Makan Luar Supaya Tak KERACUNAN Makanan. No #4 Ramai Abaikan…

9 TIPS Makan Luar Supaya Tak KERACUNAN Makanan. No #4 Ramai Abaikan…

Berbanding makanan yang dihasilkan sendiri di rumah, kita tidak begitu pasti sejauh mana makanan yang dihidangkan itu benar-benar disediakan dalam keadaan yang tidak merisikokan ia tercemar.
Sebagai ikhtiar, di bawah adalah tips yang boleh diamalkan untuk mengelak perkara tidak diingini.
1. Sebelum membeli “Perhati dan Pilih” gerai yang bersih, pengendali makanan yang bersih dan makanan tidak terdedah.
2. Amalkan “Lihat, Hidu, Rasa” sebelum makan untuk mencegah kita daripada memakan makanan yang telah rosak dan dicemari bakteria bahaya.
9 TIPS Makan Luar Supaya Tak KERACUNAN Makanan. No #4 Ramai Abaikan…
3. Jangan beli makanan yang terdedah di persekitaran kotor kerana ia berisiko dicemari makhluk perosak seperti lalat, tikus dan lipas.
Haiwan ini merupakan pembawa penyakit taun, leptospirosis (kencing tikus) dan keracunan. Malah pada satu kaki seekor lalat sahaja terdapat berjuta-juta jenis bakteria merbahaya.
9 TIPS Makan Luar Supaya Tak KERACUNAN Makanan. No #4 Ramai Abaikan…
4. Pengendali makanan yang tidak memakai apron, penutup kepala dan memakai aksesori seperti jam dan barang kemas boleh menyebabkan kotoran serta bakteria pada pakaian dan aksesori terkena pada makanan.
5. Penjual makanan tidak sepatutnya menggunakan minyak masak berulang kalikerana ia boleh menyebabkan tindakbalas kimia (pengoksidaan) sehingga minyak menjadi tengik dan mengurangkan kualiti serta rasa makanan.
6. Semasa membeli air tebu perhatikan jika tebu telah dibuang kulit, tidak diletakkan di atas tanah dan disimpan dalam bekas yang bersih.
9 TIPS Makan Luar Supaya Tak KERACUNAN Makanan. No #4 Ramai Abaikan…
7. Pembacaan label pada pembungkus makanan sangat penting sebagai panduan dalam membeli produk makanan yang baik dan berkualiti.
8. Ais yang telah siap dibungkus dan berlabel pada umumnya telah dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mematuhi kehendak dari aspek kebersihan dan keselamatan makanan.
9 TIPS Makan Luar Supaya Tak KERACUNAN Makanan. No #4 Ramai Abaikan…
9. Segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan sekiranya terdapat tanda-tanda keracunan seperti loya dan muntah, memulas dan sakit perut serta cirit-birit.

No comments:

Powered by Blogger.