Header Ads

Loading...

Doktor Kuala Terengganu Meninggal Dunia Di Bilik Sewa. Puncanya Amat MENGEJUTKAN

Doktor Kuala Terengganu Meninggal Dunia Di Bilik Sewa. Puncanya Amat MENGEJUTKAN

BEBERAPA HARI TIDAK DAPAT DIHUBUNGI
SEORANG doktor lelaki ditemui mati di bilik sewanya di Kampung Nyior Sepohon, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu selepas beberapa hari gagal dihubungi.
Mohd Muaz Mohd Sabri berusia lingkungan 30-an ditemui anak pemilik bilik sewa berkenaan selepas berjaya membuka pintunya 10.40 malam semalam.
Mangsa yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dipercayai meninggal dunia beberapa hari lalu selepas gagal dihubungi tunangnya sebelum meminta bantuan pemilik bilik sewa berkenaan mencarinya.

KERACUNAN MAKANAN

Difahamkan, mangsa dan tunangnya yang juga doktor di hospital yang sama sebelum ini mengalami keracunan makanan selepas mereka makan makanan yang dibeli di pasar malam di Kuala Ibai.
Tunangnya dikatakan terpaksa dirawat di hospital tetapi mangsa didakwa enggan menerima rawatan dan mengambil keputusan untuk berehat sahaja di bilik sewanya.
Sepasukan polis yang dihubungi pemilik bilik sewa berkenaan ke lokasi berkenaan dan mendapati keadaan mangsa sudah berbau sebelum membawanya ke Unit Forensik HSNZ untuk proses bedah siasat.
Doktor Kuala Terengganu Meninggal Dunia Di Bilik Sewa. Puncanya Amat MENGEJUTKAN
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan ada menerima laporan berkaitan penemuan mayat lelaki berkenaan.
Menurutnya, pihaknya mengklasifikasikan kematian lelaki berkenaan sebagai kes mati mengejut.
Sumber: Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.