Header Ads

Loading...

“Datuk Seri” Pukul RELA. Terkini Polis Dedah Ada Lagi 10 KES Lain

“Datuk Seri” Pukul RELA. Terkini Polis Dedah Ada Lagi 10 KES Lain

Baru-baru ni viral perihal seorang jutawan muda yang bertaraf “datuk seri” ditangkap akibat selamba2 memukul 3 orang anggota RELA. Hasil siasatan polis, ada 10 kes jenayah lain terlibat dengan suspek yang mengejutkan ramai. Allahu.

“DATUK SERI” ADA 10 JENAYAH LAMPAU TIDAK DIDAKWA

Polis menyiasat mengapa lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ yang ditahan susulan kes pukul anggota RELA di ibu negara, sebelum ini tidak pernah didakwa sedangkan memiliki 10 kes jenayah lampau.
Justeru, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata pihaknya akan menggunakan tempoh tahanan reman yang dikeluarkan ke atas lelaki berusia 29 tahun itu ketika ini untuk meneliti semua fail yang dikaitkan dengan suspek.

POLIS AKAN SIASAT

“Kita akan dapatkan maklumat terperinci melalui siasatan lanjut membabitkan kes jenayah yang dilakukan lelaki itu sejak 2009, suspek kini ditahan reman berhubung kes pukul serta penyalahgunaan dadah dan polis akan menggunakan kesempatan itu bagi menyiasat semua 10 kes lampau itu,” katanya.
“Datuk Seri” Pukul RELA. Terkini Polis Dedah Ada Lagi 10 KES Lain
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meninjau operasi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam yang baharu di sini.

ANTARA KES YANG TAK TERDAKWA

Sebelum ini, media melaporkan suspek bergelar Datuk Seri yang kini ditahan reman atas dakwaan memukul tiga anggota RELA, terbabit dalam pelbagai kes jenayah serius antaranya rompakan dan penyalahgunaan dadah.
Lelaki terbabit juga pernah ditahan pada 2013 mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dengan kesalahan berkaitan senjata berbahaya.
Noor Rashid berkata banyak kemungkinan menyebabkan lelaki itu tidak didakwa atas kes jenayah lampau yang dilakukan termasuklah faktor kekurangan bukti dan maklumat, atau waran tangkap tidak diserahkan kepada suspek.
“Siasatan (ke atas 10 kes lampau) akan dilakukan Bukit Aman, tetapi kita belum kenal pasti di mana kes jenayah itu dilakukan.
“Apa pun kita kena melihat setiap kes yang dikenakan ke atasnya, selain mendapatkan maklumat mengapa suspek itu tidak didakwa sebelum ini,” katanya.
Sumber : Berita Harian

No comments:

Powered by Blogger.