Pengaruh Cerita Titian Cinta, Lelaki Tembak Mati Suami Kekasih Gelap
Selalunya kita mendengar kanak-kanak atau remaja belasan tahun yang cenderung untuk terpengaruh dengan apa yang mereka tonton di kaca TV.
Tidak kiralah aksi ganas ahli gusti atau lagak ngeri terjun bangunan meniru gaya adiwira Superman. Namun di Rompin, Pahang, lain pula ceritanya.
Seorang lelaki menembak mati suami kekasihnya menggunakan senapang patah buatan sendiri dalam kejadian pada 24 Oktober lalu itu. Paling mengejutkan, tindakannya itu terinspirasi dari novel Titian Cinta yang kini diadaptasi ke drama lakonan Zul Ariffin dan Farah Nabilah yang hangat diperkatakan di media sosial sebelum ini.
Bukti cinta kepada isteri mangsa
Suspek mengakui kisahnya sama dengan novel cinta berkenaan. Ketika ditahan novel ada dibawa bersamanya.
Suspek menembak mangsa dikenali sebagai Zubir dari jarah 5 meter untuk membuktikan cintanya kepada isteri mangsa. Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor, mangsa dan isterinya adalah pasangan warga Indonesia yang sudah 2 tahun berkahwin namun sedang mengalami keretakan rumah tangga.
Siasatan mendapati suspek dan isteri mangsa sudah menjalinkan hubungan sulit selama 4 bulan. Namun tindakan Zubir memujuk isterinya dan mahu membawa pulang si isteri ke Acheh membuatkan suspek berang.
Suspek kemudian berjumpa dengan mangsa di sebuah premis mencuci kenderaan di Felda Keratong 2 bersama senapang buatan sendiri.
Sumber: ohbulan.com
No comments: