Header Ads

Loading...

Mira Filzah Jumpa Bekas Kekasih Zizan Razak


Tidak pernah terbuka menceritakan dengan jelas hubungannya dengan Zizan Razak, namun Mira Filzah baru-baru ini dikhabarkan telah bertemu dengan bekas kekasih Zizan- tidak pasti siapakah orangnya. Jelasnya, pertemuan itu hanyalah kerana ingin lebih mengenali jejaka itu.
“Pertemuan itu lebih kepada perbincangan. Saya lakukan perkara itu atas nasihat ibu yang mahu saya mengenali lebih mendalam lelaki yang cuba mendekati. Zizan adalah selebriti jagi saya perlu tahu siapa dirinya”
“Lagipun, ibu mengambil berat dengan siapa saya berkawan dan mahu saya sentiasa berhati-hati dan jangan terlalu terburu-buru membina sesuatu perhubungan,” jelasnya kepada Berita Harian Online.
Sekali lagi, Mira menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan jejaka itu tetapi mengakui beliau ada bertemu dengan bekas kekasih Zizan. Tidak silap dulu ibu Zizan pernah memaklumkan dirinya berkenan dengan Mira kerana kesopanannya. Mungkin ini tanda ada sesuatu diantara mereka?
Sebelum ini…
Mira Filzah Tak Terfikir Kahwin Awal
Kebelakangan ini sering sahaja mendengar gosip mengenai pasangan sama padan, Mira Filzah dan Zizan Razak. Meskipun masing-masing menafikan andaian ramai bahawa mereka kini sedang hangat bercinta, namun nampak gayanya peminat tidak putus mengandingkan mereka berdua sehingga ada yang bertanya jika Mira sudah bersedia untuk berkahwin.
“Saya tidak tertekan sehingga membuat keputusan mahu berkahwin dengan segera. Malah pada usia 24 tahun kini, saya masih belum lagi terfikir untuk berkahwin. Sasaran tahun bila ataupun umur berapa saya bakal menamatkan zaman bujang pun belum lagi saya fikirkan. Semua itu adalah jodoh dan sama ada cepat atau tidak, saya serahkan kepada Allah”
“Sebelum ini saya ada berlakon dengan Zizan dan nampaknya peminat suka dengan keserasian kami. Mungkin itu yang membuatkan mereka mula cuba untuk menyatukan kami sebagai pasangan kekasih di alam realiti. Saya sendiri tidak terkesan dengan peminat yang berkata mengenai hubungan kami. Saya tahu yang berlaku antara kami,” katanya kepada Utusan Online.
Sementara itu, Mira akui keserasian antara mereka seakan menjadi apabila peminat mula menyukainya dan sekaligus menjadikan promosi sesuatu projek itu lebih mudah. Sebelum ini pernah juga kecoh hubungan cinta diantara mereka namun Zizan mengatakan hubungan itu tidaklah serapat yang disangka biarpun dilihat beberapa kali menghadiri acara bersama.
Sumber: rotikaya.com

No comments:

Powered by Blogger.