Header Ads

Loading...

Misteri Taman Bukit Tawau

Misteri Taman Bukit Tawau

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para readers tegar FS sekalian. Perkenalkan nama aku Noh (nama tipu). Jantina aku lelaki yang mana aku ni jenis sejati sikit, hehe.. Aku masih muda lagi, Umur aku baru masuk 18, ceh budak lagi rupanya. Dah lahh cukup la dengan intro tu, tau la para pembaca tak nak tau pun tentang aku. Yang korang nk tau cerita aku je kan. Hehe, ok lah. Lets begin.. .
Kejadian berlaku 6 tahun yang lalu. Waktu ni aku still darjah enam, yang mana satu masa tu sekolah ada buat aktiviti perkhemahan dekat satu kawasan yang mana kawasan ini amatlah terkenal di area Tawau, Sabah. Ahhh, lupa nak bagi tau aku ni asal Sabah and sekarang ni tengah duk study dekat Kajang, Selangor. Okey back to the story. Kawasan kami nak gi camping tu dekat kawasan riadah, air terjun. Hmm shortly tempat mandi2 la. Taman Bukit Tawau nama tempat tu…
Oke cerita pun bermula sewaktu kami baru sampai untuk mendirikan khemah. Nak camping kan mestilah excited giller. Tapak perkhemahan semua dah penuh, maklumlahh sekolah² lain pun ada buat camping dekat situ, kami ni malang sikit dapat tapak yg hujung. Waktu dirikan khemah tu, kami tebas lahh semua rumput ngan pokok2 kecil bagi memudahkan kami mendirikan khemah, ada jugak renjer dekat situ bagitau jangan tebas pokok yang besar dia macam ibu jari, pastu dia blahh. Kami ni loading sikit, x faham. Kami ni hentam je, budak2 kan, apa tau haha…
Sesudahnya khemah kami utuh didirikan. Hari first tu banyak gak kerja aku sebagai urus setia pelajar. Malas nak explain panjang2, dipendekkan cerita. Aku ngan member2 satu khemah ni (ahli2 urus setia) ada buat tapak game untuk aktiviti esok hari. Time nak solat Isyak tu aku lah orang last yang datang nak tunaikan kewajipan. Kami solat dekat lantai hutan je, adalah kanvas dibentang dekat situ. Aku datang2 je, Aku dapat saf paling blakang ngan paling hujung. Tepi aku tu hutan dahh. Time tu orang semua dah rukuk dah. Aku ni terus ikut2 rukuk tanpa ada niat. Time aku rukuk tu. Hahhhh di situ lahh kelibat wanita dari alam ghaib ni memunculkan dirinya. Bunian kata orang. Tengah khusyuk baca ayat rukuk tu, tiba2 aku perasan daun2 dekat lantai hutan tu begerak. Tengah rukuk ni aku perhati… Rupanya ada perempuan lalu tepi aku. Dia siap langgar punggung aku tapi perasaan aku time ni blank je, otak dah takleh pikir lain. Entahlahh macam mana nak ckap ehh.
Aku x tepikir pun masa tu yg pompuan tu makhluk ghaib ke, apa ke entah lahh. Nak aku explain gaya rambut dia, Hmm. Sumpah tak pernah2 aku nampak gaya rambut macam tu. Rmbut dia panjang sampai betis die. Hmm susah nak explain dengan kata2 dan tulisan. Senang cerita rambut dia macam ala2 puteri elf giteww. Pastu baju dia, Perghh. Warna putih macam berlampu. Kain baju dia tu macam kain sutera. And then, Baju dia ada manik2, emas, perak terlekat dekat baju dia pastu dia punya baju panjang sampai sapu lantai hutan tu. Memang macam princess lahh. Lepas dia lalu tepi aku, dia terus jalan ke arah pokok besar. Cara dia jalan tu memang lain macam, dia jalan santai, maksudnya dia slow2 pastu dia siap hayun2 kan kedua2 tangan dia.
Terus terang nak cakap dia ni mcam ada cahaya, sebabnya kawasan tu punye gelap. Sekali dia lalu keadaan sekililing macam ada cahaya terpancar, terus jadi terang tempat laluan dia tu. Hah, dah boleh imagine tak ? Kalau x leh tu entahlahh, mungkin aku ni yang x reti nak explain. Anyway cerita diteruskan. Aku time tu macam kena pukau. Ada jugak terdetik dalam hati berharap dia toleh belakang, sebabnya aku nak tengok wajah dia tu, tapi malangnya tak. Dia trus jalan je ke depan. Kalau pasal bau dia tu, wangi ke tak. Entahlah, tak de kot. Mungkin dia lupa pakai perfume tu hmm. Sampai je perempuan tu dekat hujung (ada satu pokok besar) dia terus masuk dekat dalam pokok tu and then, hilang camtu je.
Time tu baru aku sedar, terus aku rebah. Masa tu semua orang tengah bagi salam terakhir, kawan aku ni yg first sedar sebabnya aku ni nampak macam lain sikit. Terus dia panggil ustaz. Time tu, tau tak, ramai orang kerumun aku, aku perhati je diorang. Aku pelik, aku tengok semua dorang tengah cakap ngan aku, tapi satu patah perkataan pun aku x dengar tapi mulut diorang gerak cakap sesuatu. Ustaz aku ni ape lagi dia dok bace ayat suci alquran pastu dia tiup dekat muke aku, serius dohh aku rasa cam ribut je bertiup depan aku. Tak lama lepas tu aku dah okey, baru ustaz tu bawa aku ke pondok renjer, nak aku bagitau dia apa yg berlaku tadi sampai boleh jadi macam tu. Aku ni terus bagitau dia. “Ustaz, tadi aku nmpak Bunian!!!”.
Pehh bukan main terkejut ustaz aku dengar. Dia kate jangan bagitau sape2 tntang perkara ni,tpi akhirnya aku dah cerita dekat FS ni hehe, maaflah ustaz kalau ustaz ada terbaca crita ni, sebabnya aku jadi tertarik untuk menceritakan pengalaman aku dekat sini. Keesokan harinya, ustaz aku pindahkan khemah kami dekat tempat orang ramai jadi selamat sikit dekat situ, walaupun rimas berdekatan khemah sekolah2 lain, tapi apakan daya tu yg terbaik. Perkhemahan kami 3hari 2malam itu tidak berakhir dngan gangguan itu sahaja. Masuk malam kedua, aku member aku ni duk dalam khemah. Masing2 takleh nak tido, tak tau nak buka cerita apa, aku random je tanya member aku, “weii korang dah siap blum homework maths yang cikgu Rita bagi hari tu?”, lebih kurang mcm tulah aku cakap.
Pastu member aku sorang ni, Mamat (nama tipu) jawab, “alaa, kita kan tengah camping ni, takyah la nak fikir pasal kerja sekolah tu”. Aku terus cakap, “betul gak tu. Jom lah kita tidur”. Baru nak lelapkan mata ni, tetibe ada benda jatuh hempap khemah kami. Terkejut siot aku masa tu ngan member aku. Kemudian kami sepakat nak gi check dekat luar. Aku nampak ada ular, tak lah besar sangat duk atas khemah kami. Aku ni taklah takut dengan ular tu sebab tu ular daun je yang takde bisa. Hah nampak dah gentle aku dekat situ kan haha. Aku ni decide nak gi buang ular tu and then ular tu dah lari lintang pukang sepantas ‘kilat yang ditunggangi zeus’. Tetiba member aku ni dapat satu idea yang dia nak stay luar khemah jap duk lepak2. Aku ni join je lah.
Member aku satu lagi ni buka cerita lah, entah lah apa yang dia cerita masa tu yang aku tau memang cukup membosankan ngan tak masuk akal, maklumlah cerita budak2 haha. Tengah layan dia cerita ni, tetibe aku terdengar suara aku sendiri tengah cakap, “weiii korang dah siap blum homework maths yng cikgu Rita bagi hari tu?”. Sebijik sama cam aku ckap tadi. Pastu suara ‘mamat’ pulak cakap, “alaaa, kita kan tengah camping skrg ni, takyah lah nak fikir pasal kerja sekolah” dan ‘aku’ pula mnjawab “betul gak kan, baik kita tidur”. Lalu aku menoleh ke arah khemah aku, tau tak ape yanh aku tengok? Aku tengok 3 org yg mnyerupai kami, ya!! ‘Kami’!!!. Bnda tu menyerupai kami dan diorang cakap benda yg sama kami cakap sebentar tadi.
Korang mesti tau kan macam mana cuak nye kami time tu. Kejap je benda tu trus ghaib. Nak tak nak kami ni terpaksa masuk je dalam khemah dalam keaadan takut, mana tak nye seram lagi dekat luar banding dari dalam khemah haha. Alhamdulillah kami selamat tidur tanpa sebarang gangguan. Sampainya hari terakhir, kami semua selamat sampai ke rumah masing2. Dalam semua tu aku memang sentiasa fikir tentang benda yang jadi sepanjang kami camping tu. Entahlah kenapa kami jadi sasaran. Mungkin sebab kami ada tebang kot pokok2 yg lebih besar ibu jari time kami nak dirikan khemah dulu. Mesti ada cerita disebaliknya mengapa kita tak leh nak tebas pokok sesuka hati.
Apa apapun, aku jadikan semua tu sebagai pengalaman aku dan jadikan pengajaran. Anyway, tau tak ? Aku rasa bertuah sebab dapat ditemukan dengan makhluk bunian ni walaupun hanya sekali huhu. Tapi benda yg ada dekat khemah kami tu entah la, bunian atau syaitan laknatullah. Cerita aku berakhir disini sebab dah tamat. Mungkin cerita aku ni sedikit tunggang langgang dan harap sidang pembaca dapat maafkan. Maklumlah dah lama dah tak mengarang ni bagai. Aku bersyukur sangat kalau admin publish kan cerite aku yang tak berape seram ni. Sekian dari aku Noh ( nama tipu ) sekian dan terima kasih sebab sudi membaca. Assalamualaikum.

No comments:

Powered by Blogger.