Header Ads

Loading...

Inilah Lelaki paling Kacak Di Dunia

Pemenang pertandingan yang berprestij ‘Mister World’ tahun lepas ialah Rohit Khandelwal. Beliau berasal dari India dan wakil pertama di negara tersebut untuk memenangi gelaran yang amat berprestij itu.

Dalam pertandingan tahun lepas, tiga tempat teratas ialah wakil dari India, Puerto Rico dan Mexico. Fernando Álvarez yang berusia 21 tahun dari Puerto Rico mendapat tempat kedua dan Aldo Esparza Rami­rez yang berusia 26 tahun dari Mexico mendapat tempat ketiga.

Rohit Khandelwal Dinobatkan Sebagai Lelaki Yang Paling Kacak Di Dunia

Kami mengucapkan tahniah atas kemenangannya dan menyiarkan potret-potret pilihan yang diambil dari Instagram beliau

Beliau berumur 27 tahun. Akaun Instagram beliau sudah mempunyai 150,000 pengikut dan jumlah itu makin meningkat setiap hari.

Inilah Lelaki Yang Paling Kacak Di Dunia

Inilah Lelaki Yang Paling Kacak Di Dunia

Inilah Lelaki Yang Paling Kacak Di Dunia

Inilah Lelaki Yang Paling Kacak Di Dunia

Rohit sudah lama mengimpikan untuk memenangi pertandingan lelaki terkacak itu. Peluangnya datang tahun lepas apabila beliau memenangi Mister India.

Anda tidak akan percaya bagaimana rupa Rohit beberapa tahun lepas. Dia menjalani kehidupan yang biasa sebagai seorang pembantu sokongan teknikal di syarikat teknologi komputer.

Walau bagaimanapun, keazaman, keinginan untuk memperbaiki diri, dan latihan yang berterusan membantu beliau mengubah dirinya menjadi seperti hari ini.

Inilah Lelaki Yang Paling Kacak Di Dunia

Inilah Lelaki Yang Paling Kacak Di Dunia

Inilah Lelaki Yang Paling Kacak Di Dunia

Inilah Lelaki Yang Paling Kacak Di Dunia

Sekarang, Rohit adalah satu nama yang gah dalam bidang peragaan dan juga sedang membina kerjaya yang berjaya dalam teater dan filem, dan membintangi siri TV dan iklan.

Beliau menjalani kehidupan yang aktif dan gemar mengembara.

Bukan mempunyai penampilan yang hebat, dia juga mempunyai hati yang baik. Rohit menyukai haiwan dan ingin memiliki anjing. Sementara itu, beliau tidak kisah untuk bergambar dengan binatang peliharaan orang lain.

Inilah Lelaki Yang Paling Kacak Di Dunia

Inilah Lelaki Yang Paling Kacak Di Dunia

Inilah Lelaki Yang Paling Kacak Di Dunia

Inilah Lelaki Yang Paling Kacak Di Dunia

Beliau merancang untuk kembali ke India dan terus mengasah bakat peragaan dan lakonan.

Beliau juga ingin menjadi seorang pengarah filem.

Tidak syak lagi, Rohit Khandelwal boleh mengajar kita semua satu dua perkara tentang tekad dan keazaman!

No comments:

Powered by Blogger.